DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memohon maaf kepada pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan disebabkan tindakan kontraktor dilantik melakukan kerja penurapan jalan pagi tadi berhampiran Muzium Negara.
Permohonan maaf itu dibuat menerusi Facebook berserta satu klip video 30 saat yang memaparkan sekumpulan pekerja menurap jalan berkenaan. Rupanya rakaman itu juga dibuat salah seorang kakitangan DBKL sendiri.
Berikut perkongsian DBKL;
APAHAL LA TIME NI GI BUAT KERJA TURAP?🤦🏻♂️
"Pagi ni Min terima satu hantaran dari sahabat Min, dia ni pun kerja DBKL juga.. ni pasal kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh DBKL untuk laksanakan kerja-kerja turapan jalan.
"Tau la nak cepat..tapi tu lah.. timing buat kerja langsung tak fikir orang lain padahal dah dimaklumkan waktu kerja yang sepatutnya. Lokasinya di Jalan Travers, Bangsar.
"So jangan ingat anda je marah, orang DBKL pun marah juga.. confirm jap lagi kontraktor yang terlibat kena panggil dengan pegawai DBKL yang berkenaan, kena sekolahkan sikit 😠.
"So bagi anda yang mengalami kesulitan pada pagi ni Min mewakili DBKL mohon maaf ya 🙏🏼."
BACA >>> DBKL Tambah Dua Lagi Laluan Baharu Bas Percuma GoKL di Kepong, Segambut
BACA >>> DBKL Akan Hadkan Lebuh Raya di Kuala Lumpur
BACA >>> Selepas Tutup Jalan TAR Setiap Ahad, DBKL Mahu Tambah Lagi Kawasan Bebas Kenderaan
BACA >>> DBKL Arah Pemilik Alih Kenderaan Tersadai dalam 14 Hari, atau Kena Tunda, Lupus!
Leave a Reply