SEORANG lelaki, dipercayai menghidap penyakit mental akibat dadah ditahan polis malam Jumaat lalu kerana mencuri bas milik Angkatan Tentera Diraja Thailand (RTARF).
Menurut laporan, suspek Sarawut Thepsila, 35, mencuri kenderaan tersebut di kawasan pekarangan RTARF, timur Bangkok dan memandu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi untuk menjemput sekumpulan diplomat.
BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?
Bagaimanapun apabil ditanya, suspek mengakui tidak tahu kumpulan diplomat itu datang dari negara mana, termasuk gagal memberi perincian penerbangan tersebut.
Semakan polis mendapati suspek pernah ditahan enam kali berhubung kes dadah.
Sarawut ditahan pengawal keselamatan lapangan terbang kerana cuba memarkir bas di satu kawasan larangan, iaitu di depan Pintu 10 terminal penumpang.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
PERINCIAN KES
- Seorang pegawai Jabatan Perkhidmatan Sokongan RTARF membuat laporan di Balai Polis Rom Klao berhubung kehilangan bas jenis HINO berwarna hijau.
- Basi itu dilaporkan hilang di kawasan parkir dekat kediaman tentera di Soi Rom Klao 40 di Lat Krabang Bangkok.
- Pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memandu sebuah bas keluar dari lot parkir pada tengah hari Jumaat lalu.
- Pada jam 11 malam hari sama, seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi menghubungi polis di Rom Klao mengenai penemuan bas tersebut.
- Sarawut dilaporkan bertengkar dengan pengawal keselamatan di lapangan terbang itu kerana dihalang memarkir bas di depan Pintu 10 terminal penumpang (kawasan larangan).
- Suspek mendakwa dia mahu menjemput beberapa diplomat di situ.
- Polis tiba dan menahan serta menyoal siasat suspek. Suspek mengaku bukan pegawai Kerajaan atau pemandu RTARF.
- Sarawut memberitahu dia ternampak pintu bas terbuka dan kunci berada di belakang kerusi pemandu.
- Dia kemudian memandu bas berkenaan ke Lapangan Terbang Don Mueang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi.
- Polis belum mendedahkan sama ada suspek berada bawah pengaruh dadah ketika mencuri kenderaan tersebut.
- Sarawut dituduh bawah Seksyen 335 (10) Undang-Undang Jenayah berhubung kecurian dan boleh dikenakan hukuman penjara satu hingga lima tahun, termasuk denda 20,000-100,000 baht (RM2,600-RM13,010).
BACA >>> 10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?
BACA >>> Netizen Thailand Berang Bas Awam Uzur Sampai Tumbuh Cendawan Atas Kerusi
BACA >>> Thailand Guna Lintasan Pejalan Kaki Latar Merah
SUMBER: TheThaiger | NationThailand
Leave a Reply