• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tuan Kedai ‘Cop Parkir' Bayar Tak Reti di JB Boleh Kena Kompaun RM500

Tuan Kedai ‘Cop Parkir' Bayar Tak Reti di JB Boleh Kena Kompaun RM500

January 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MANA-mana pemilik premis perniagaan yang melakukan aktiviti ‘cop parkir' untuk kegunaan peribadi dengan meletakkan baldi, kerusi, alat pemadam api atau apa saja objek di kawasan tempat letak kereta berkupon sekitar Johor Bahru boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 46 Akta 133 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

BACA >>> Cop Parkir: Netizen Singapura Pun Malu Perangai Rakyat Sendiri!
BACA >>> Netizen Puji MPAJ Banteras Cop Parkir, Boleh Jadi Contoh Kepada PBT Lain

Menurutnya, ini juga usaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengatasi kesesakan dan isu parkir  kereta di bandar raya itu.

Kebiasaannya, isu ‘cop parkir' membabitkan pengusaha spa, refleksologi, kedai aksesori kereta, restoran dan beberapa premis lain di kawasan berkenaan.

Sepatutnya semua premis yang hendak menempah petak parkir berkupon boleh memohon terus kepada MBJB dengan bayaran RM150 sebulan, tetapi tidak ramai pengusaha premis memohon,” kata Mohd Noorazam.

Perbuatan meletakkan kerusi atau mengupah penjaga parkir menjaga kawasan parkir berkupon, terutama di depan premis adalah salah di sisi undang-undang.

Tambahnya, isu ‘cop parkir' berpotensi menimbulkan ketegangan antara pemilik premis dan orang awam yang mahu meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Berdasarkan undang-undang, orang awam berhak meletakkan kenderaan di mana-mana saja jika ada parkir kereta kosong. Jika aktiviti berkenaan masih berlarutan, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana premis tidak bertanggungjawab.

Noorazam turut menjelaskan rondaan dan operasi bersepadu dengan JPJ dan PDRM juga kerap diadakan.

Kita juga sedang menambah baik prosedur sebelum tindakan menarik kenderaan dibuat dengan membunyikan siren, memberitahu menggunakan pembesar suara dan menunggu beberapa minit sebelum kenderaan diletakkan di tempat tidak sepatutnya ditarik," katanya.

Selain 'cop parkir', 'isu ulat parkir' di kawasan bandar raya, terutama Bazar Karat seperti di Jalan Ibrahim atau Wong Ah Fook juga semakin banyak dikesan.

Orang awam boleh membuat aduan dan laporan kepada MBJB menerusi talian Hotline 1-300-88-0146 atau unit aduan 019-7788-212 (WhatsApp) jika mengesan sebarang aktiviti tersebut supaya tindakan dapat diambil.

BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?

SUMBER: BHarian

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cop Parkir, Johor Bahru, kompaun, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), parkir berkupon, premis perniagaan, Saman, Ulat Parkir

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my