• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Lancar Honda Wave Alpha (2023) dengan Enjin Patuh Euro4, Harga RM5.1k

BSH Lancar Honda Wave Alpha (2023) dengan Enjin Patuh Euro4, Harga RM5.1k

January 3, 2023 By Sharil Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) melancarkan Honda Wave Alpha (2023) dengan enjin suntikan bahan api (FI) patuh Euro4 dan rupa baharu lebih segar.

Sejak diperkenalkan pada 2015, kapcai tersebut menjadi pilihan ramai penunggang Malaysia yang mahukan gaya, kualiti dan nilai berpatutan dengan ciri ditawarkan.

BACA >>> Honda Wave 110i (2022) Lancar di Thailand dengan 4 Varian, Harga Mula RM4.7k!
BACA >>> Bukan Exciter 155, Tapi Honda Wave Alpha (2020) yang Makin Mahal di Vietnam

Pembaharuan Honda Wave Alpha (2023):

  • Enjin 110cc baharu patuh Euro4 dengan teknologi suntikan bahan api (FI) diprogram.
  • Rekabentuk baharu ‘Sport Accent’ untuk penampilan lebih dinamik.
  • Panel meter dan lampu belakang baharu lebih moden
  • Kapasiti tangki petrol lebih besar
  • Ruang simpanan bawah pelana lebih besar

Enjin Honda Wave Alpha (2023) menghasilkan kuasa 8.97hp @ 7,500 rpm dan tork 8.67Nm @ 5,500 rpm.

Namun peningkatan ketara enjin ini adalah kecekapan bahan api pada kadar 70.9km per liter mengikut rating Kitaran Ujian Motosikal Dunia (WMTC), sekali gus meletakkan kapcai itu terbaik dalam kelas dari segi penjimatan minyak.

Secara ringkas, kecekapan bahan api Honda Wave Alpha (2023) meningkat 12.3km per liter daripada model 2019.

Selain jimat minyak, kapasiti tangki bahan api dinaikkan kepada 4.1 liter untuk memberikan lebih ketenangan minda kepada penunggang supaya tidak perlu melawat stesen minyak begitu kerap.

Rekabentuk dan gayaan diberikan nafas baharu dengan penampilan rekabentuk lampu belakang lebih sporty. Panel meter baharu memaparkan pelbagai maklumat diperlukan penunggang, dan kini dilengkapi indikator FI.

Selain itu, ruang simpanan bawah pelana juga diperluas 7.3 liter, iaitu dua kali ganda berbanding model terdahulu.

Ada tiga pilihan warna ditawarkan:

  • Vivacity Red (merah)
  • Pearl Nightfall Blue (biru)
  • Clipper Yellow (kuning)

Harga bilik pameran disyorkan untuk Honda Wave Alpha (2023) ialah RM5,179, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. BSH turut menawarkan waranti kilang dua tahun, atau 20,000km (mana satu tiba dahulu).

BACA >>> Honda Wave RSX Fi 110 (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.9k!
BACA >>> Boon Siew Honda Lancar RS-X (2021), Harga Mula RM8.6k!

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bonn Siew Honda (BSH), Boon Siew Honda, Euro4, Honda Wave, Honda Wave Alpha 2023, Kapcai, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my