• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Sembang Deras / #SembangDeras: Sudah 2023, Berbaloikah Teruskan Pe'el Rakam Aksi 'Tekan Preggy’?

#SembangDeras: Sudah 2023, Berbaloikah Teruskan Pe'el Rakam Aksi 'Tekan Preggy’?

January 3, 2023 By Sharil 1 Comment

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEJAK akhir ini (atau dari dulu lagi sebenarnya), semakin banyak hantaran netizen di media sosial yang dengan sengaja merakamkan aksi mereka memandu atau menunggang dalam kelajuan membunuh.

Kami faham, sesiapa saja pengguna, tidak kira dua atau empat roda, pasti ada masa kita terpaksa atau secara suka-suka memandu atau menunggang laju supaya dapat segera sampai ke destinasi.

BACA >>> Motosikal di Jerman Tidak Dibenarkan Tunggang Laju daripada Kereta
BACA >>> Video Ativa Laju Rempuh Axia Tuan Rumah Diparkir Depan Pagar

Namun sikap merakam atau menangkap gambar menggunakan sebelah tangan ketika memandu nyata membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Berbaloikah semua itu hanya untuk mendapat sedikit pengiktirafan di media sosial?

Jika terpaksa laju sekalipun, pandai buat pandailah tanggung. Namun, anda tetap perlu fokus sepenuhnya pada stereng dan apa saja situasi berlaku di depan.

Kita bukan sedang bercakap pasal kenderaan prestasi, tetapi kereta mampu milik yang bukan dicipta untuk berlumba. Tidak dinafikan, kereta anda sejak keluar dari kilang mampu bergerak melangkaui halaju kebangsaan. Tahniah kami ucapkan.

Namun ingatlah kata pepatah, pandai makan, pandai simpan. Kalau buat benda salah di sisi undang-undang, tak perlulah nak menjaja merata dunia. Kami di PanduLaju menyeru semua pengguna jalan raya supaya meninggalkan tabiat meragut nyawa ini bermula tahun baru ini.

Jangan sampai nasi jadi bubur baru nak belajar. Sama-samalah kita muhasabah diri demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. Akhir sekali, mungkin tiada orang pernah beritahu semua ini kepada anda. Jadi biarlah kami jadi yang pertama.

Tahniah, kereta dan motor anda memang hebat!

BACA >>> Lawak!!! Pulas Terotel Sampai Berasap, Sekali Enjin Mati Daa...
BACA >>> Ujian Top Speed Honda CBR250RR (2020), Mampukah Saingi Kawasaki Ninja ZX-25R?

Related

92
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Sembang Deras Tagged With: Perodua, Proton, sembang deras, tekan preggy, top speed, turbo

Comments

  1. hajoon kuala kangsar says

    February 18, 2023 at 5:19 PM

    boleh la, report sebagai bukti kepada pdrm, spad dan jpj. gantung lesen terus

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev