• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bimota Bina Casis Baharu dengan Teknologi Sistem Pelarasan Ketinggian

Bimota Bina Casis Baharu dengan Teknologi Sistem Pelarasan Ketinggian

January 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JIKA anda masih ingat, Bimota pernah menyatakan rancangan memperkenalkan motosikal crossover dengan trenkuasa Kawasaki sekitar 2021. Laporan terbaharu mendedahkan model itu mungkin diperkenalkan tahun ini.

Pengeluar motosikal Itali itu ada berkongsi video struktur casis khas, dipercayai direka untuk model crossover tersebut. Apa menarik, casis dipanggil Bimota Tera itu menggunakan teknologi Sistem Pelarasan Ketinggian (HAS).

BACA >>> Bimota Bakal Perkenal Motosikal Crossover Guna Enjin Kawasaki?

Klip video itu mendedahkan beberapa maklumat penting seperti:

  • Menggunakan sistem stereng Ackermann dengan sudut stereng hingga 35º
  • Jarak travel depan 120mm dan jarak 150mm untuk belakang
  • Ada teknologi HAS dengan jarak tinggi-rendah 30mm (manual atau elektronik)

SISTEM PENYELARASAN KETINGGIAN

  • Klip video menunjukkan ketinggian casis sekitar 30mm untuk bahagian depan dan belakang yang boleh dibuat secara manual atau elektronik.
  • Perubahan ketinggian itu bukan cara mengubah tetapan spring cara konvensional seperti motosikal lain. Ini kerana perubahan itu menggunakan komponen baharu yang mengubah bar strut yang menghubung sistem suspensi depan dan belakang (swingarm).
  • Komponen itu masih baharu dan belum digunakan pada casis Bimota seperti KB4 atau dalam katalog alat ganti Tesi H2.

BACA >>> #RetroAuto [Siri 1]: Bimota - Walaupun Tidak Hasilkan Enjin, Tapi Pakar Bikin Casis
BACA >>> #RetroAuto [Siri 2]: Bimota - Dari Trek, Jatuh Bankrap dan Bangun Semula

REKABENTUK

  • Model crossover itu dikhabarkan menggunakan trenkuasa 4-silinder sebaris Kawasaki berkuasa 200hp dan meminjam sistem radar baharu H2 SX SE.
  • Foto acah dikongsi sebelum ini menunjukkan model itu dipasangkan tangki minyak yang diposisi lebih tinggi dengan fairing lebih besar.
  • Bahagian belakang juga lebih panjang dengan rak besar untuk pemasangan kotak barang.
  • Sistem ekzos dipasang lebih tinggi berbanding mana-mana varian popular H2 keluaran Kawasaki dan Bimota.
  • Menggunakan rim jejari yang menandakan model itu ialah varian advencer Tesi H2, diyakini jenis touring.
  • Mungkin menggunakan kombinasi rim 19 inci (depan) berbanding saiz standard 17 inci.

BACA >>> #EICMA2019: Bimota Tesi H2 (2020) dengan Enjin Supercas Kawasaki
BACA >>> #Spyshot: Bimota KB4 Dikesan Isi Minyak di Itali
BACA >>> Pemilik Marzocchi, QJ Motor Meterai Kerjasama Buka Kilang Komponen di China

SUMBER: Motorrad

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Bimota, Bimota Tera, Bimota-Kawasaki, roda2, Sistem Penyelarasan Ketinggian, stereng Ackermann

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my