• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK

Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK

January 12, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DUA model dilancarkan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Hyundai IONIQ 5 dan Hyundai Staria diakui mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri.

Hyundai IONIQ 5 ialah kenderaan elektrik (EV) dengan rekabentuk menyerlah, manakala Hyundai Staria pula hadir dengan pakej lengkap dari segi ruang untuk memuatkan 10 penumpang dengan trenkuasa turbo diesel bertenaga dan harga menarik. Semua ciri tersebut ditawarkan pada harga RM180,000 hingga RM210,000.

BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!
BACA >>> Hyundai Staria Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,888

Begitulah strategi Hyundai dalam membangunkan jenama dan kepercayaan peringkat global, iaitu menawarkan pakej berbaloi untuk wang.

Di Britain, Hyundai Tucson (2021 dan ke atas) dipilih sebagai kereta paling memuaskan hati dalam kajian tahunan Indeks Kepuasan Honest John (HJSI) 2022. Bukan hanya Tucson, model lain seperti Hyundai IONIQ (2016-2022) berada di tangga ketiga, manakala Hyundai Kona Electric (2019 dan ke atas) di tangga keempat.

Dalam senarai itu, lima tangga teratas dibolot pengeluar Korea, Kia XCeed di tempat ketiga dan Kia e-Niro (2018-2022), kelima.

Hyundai Tucson (2021 dan ke atas) juga dipilih ke tempat kedua dalam senarai kereta paling reliabel.

HJSI dibuat berdasarkan maklum balas lebih 6,000 pemilik kenderaan, yang mana mereka diminta menilai beberapa aspek seperti reliabiliti, penggunaan bahan api dan prestasi. Turut dinilai adalah kualiti binaan, kemudahan penggunaan, keselamatan dan kos baik pulih.

PEMENANG HJSI 2022

5 model kereta terbaik
  1. Hyundai Tucson - 96.64 peratus
  2. Kia Xceed - 96.40 peratus
  3. Hyundai IONIQ - 94.55 peratus
  4. Hyundai Kona Electric - 94.14 peratus
  5. Hyundai e-Niro - 94.09 peratus
5 pengeluar terbaik
  1. Lexus - 92.37 peratus
  2. Dacia - 92.16 peratus
  3. Tesla - 92.12 peratus
  4. Porsche - 90.91 peratus
  5. Jaguar - 90.53 peratus

BACA >>> Hyundai Kona (2023) Diperkenal dalam Varian Elektrik, Hibrid, ICE dan N-Line!
BACA >>> UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?

Hyundai Honest John Satisfaction Index 2022.01
Hyundai Honest John Satisfaction Index 2022.02
Hyundai Honest John Satisfaction Index 2022.03

Related

81
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honest John Satisfaction Index, Honest John Satisfaction Index 2022, hyundai, Hyundai Tucson, Indeks Kepuasan Honest John (HJSI) 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev