• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Poland Hasilkan EV Tempatan Jenama Izera

Geely Jalin Kerjasama dengan Pengeluar Poland Hasilkan EV Tempatan Jenama Izera

January 10, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) pada 17 November lalu menandatangani perjanjian melesenkan platform Arkitektur Pengalaman Mampan (Sustainable Experience Architecture, SEA) kepada ElectroMobility Poland (EMP), iaitu pengeluar kenderaan elektrik (EV) disokong Kerajaan Poland.

Geely Holding juga menjadi rakan teknologi untuk siri kenderaan pertama EMP yang bakal dilancarkan bawah jenama Izera.

BACA >>> Jenama Baharu Bawah Geely, Radar Auto Perkenal Trak Pikap Elektrik RD6!
BACA >>> Renault, Geely Rancang Tubuh Syarikat Kerjasama Hasilkan Enjin ICE, Hibrid untuk Dunia

electromobility-poland-logo
geely-holdings-logo

EMP ialah jenama domestik pertama Poland yang mempunyai sejarah pengeluaran automotif panjang dan berwarna-warni. Syarikat automotif pertama Poland iaitu Ursus ditubuhkan pada 1893.

EMP merancang membangunkan pelbagai model EV bawah jenama Izera menggunakan platform SEA dan model pertama bakal diperkenalkan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak.

Nama Izera diambil sempena nama kawasan pergunungan yang terletak di Republik Czech dan Poland. EMP turut mengumumkan perancangan memperkenalkan dua lagi model, iaitu wagon segmen-C dan hatchback.

Platform SEA dilancarkan pada September 2020 dan jenama seperti Zeekr dan smart sudahpun memulakan penghantaran model berasaskan SEA kepada pelanggan. EMP juga pengeluar luar pertama menggunakan platform SEA.

SEA ialah platform EV yang boleh menghasilkan model pelbagai segmen daripada segmen-A hingga segmen-E, termasuk kenderaan komersial bersaiz besar. Jarak roda juga boleh diperbesar daripada 1,800mm kepada 3,300mm mengikut keperluan.

Perancangan lain EMP adalah membangunkan model pertama dengan platfom SEA di kilang Jaworzno, Poland dengan menggajikan kira-kira 2,400 pekerja.

Dari segi potensi, Poland adalah antara pasaran terbesar di Eropah untuk kenderaan baharu bagi sebuah negara tanpa jenama tempatan. Automotif juga menjadi sektor perindustrian kedua terbesar di negara tersebut.

BACA >>> Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Enjin Diesel dan Petrol?

ElectroMobility Poland Izera.01
ElectroMobility Poland Izera.02
ElectroMobility Poland Izera.03
ElectroMobility Poland Izera.04
ElectroMobility Poland Izera.05
Platform SEA Geely Holding
Geely Holding Sustainable Experience Architecture.01
Geely Holding Sustainable Experience Architecture.04
Prototaip Izera
Izera prototype.01
Izera prototype.02
Izera prototype.03
Izera prototype.04
Izera prototype.05
Izera prototype.06
Izera prototype.07

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ElectroMobility Poland, ElectroMobility Poland (EMP), EMP, Geely, Izeria, Roda4, Sustainable Experience Architecture, Sustainable Experience Architecture (SEA), Zhejiang Geely Holding Group, Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
    #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev