• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Pereka Kia, Karim Habib Kini Naik Pangkat Naib Presiden Eksekutif

Ketua Pereka Kia, Karim Habib Kini Naik Pangkat Naib Presiden Eksekutif

December 30, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI dan Kia memang pandai mengambil individu dengan latar belakang dan pengalaman hebat untuk bekerja dengan pengeluar itu.

Antara nama besar direkrut ialah Peter Schreyer (Audi), Albert Biermann (BMW), Luc Donckerwolke (Lamborghini) dan Karim Habib (BMW). Bukan setakat melantik, individu hebat tersebut turut dinaikkan pangkat ke jawatan lebih tinggi.

Contoh terbaru, Ketua Rekabentuk Global Kia, Karim Habib dinaikkan pangkat menyandang jawatan Naib Presiden Eksekutif dan sebahagian perlantikan eksekutif Hyundai Motor Group.

Antara peranan penting Karim adalah tugasnya dalam mengasaskan falsafah rekabentuk Opposited United untuk Kia.

Falsafah itu diilhamkan daripada perkara berlawanan alam semula jadi dan manusia, serta menjadi pemacu artistik di sebalik model kenderaan bateri elektrik pertama Kia, iaitu EV6 dan EV9 yang bakal dilancarkan. Dari Kia Forte pada era Schreyer hingga EV6, kita dapat dilihat perjalanan dan evolusi rekabentuk Kia dulu dan kini.

Kepimpinan Karim dalam rekabentuk juga membantu mengukuhkan lagi persepsi dan kebolehsaingan produk Kia di pasaran global. Misalnya, Kia EV6 meraih pelbagai anugerah seperti Kereta Terbaik Eropah pada Februari tahun ini, dan Anugerah Rekabentuk Red Dot pada Mac, juga tahun ini.

Selepas ini Karim pastinya akan terus membangunkan dan mempertingkat identiti rekabentuk Kia yang selari dengan usaha elektrifikasi Kia.

Karim mula berkhidmat bersama Kia pada 2019 dengan menyelia kerja rekabentuk luaran, dalaman, warna dan bahan. Beliau juga membantu dalam menentukan strategi rekabentuk masa depan dan arah jenama Kia. Karim berpengalaman lebih 20 tahun dalam menerajui projek rekabentuk untuk kenderaan premium.

Dilahirkan di Lebanon, Karim ialah pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti McGill di Kanada dan Rekabentuk Pengangkutan di Art Center College of Design di California, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga fasih banyak bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Jerman dan Itali.

Ringkasan Kerjaya Karim Habib

  • 2019-sekarang: Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Rekabentuk Global Kia (Kia Corporation)
  • 2017-2019: Pengarah Rekabentuk Eksekutif INFINITI (Nissan Motor Company)
  • 2012-2017: Ketua Rekabentuk BMW Automobiles (BMW Group)
  • 2011-2012: Ketua Rekabentuk Luaran BMW Automobiles (BMW Group)
  • 2009-2011: Pengurus kanan Rekabentuk Termaju Jerman (Daimler)
  • 2007-2009: Ketua Pereka Rekabentuk Termaju (BMW Group)
  • 2004-2007: Pereka Kanan (Rekabentuk Pengeluaran Luaran) (BMW Group)
  • 2002-2003: Pereka Luaran/Dalaman - Rekabentuk Termaju (BMW Group)
  • 1998-2001: Pereka Luaran/Dalaman Pengeluaran (BMW Group)

BACA >>> Kia Seltos (2023) Diperkenal di AS dengan Gaya Lebih Premium!
BACA >>> #Spyshot: Kia Dedah SUV Elektrik EV9 (2023) dengan Gaya Bersegi Jalani Ujian Enduran

Karim Habib
Kia Concept EV9.01
Kia Concept EV9.04
Kia Concept EV9.03
Kia EV9 RnD.02
Kia EV9 RnD.04
Kia EV9 RnD.01
KIA EV6 First Edition (s2022) AS -2
KIA EV6 AS
2022 EV6
2022 EV6
KIA EV6 First Edition (s2022) AS -21

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Karim Habib, Kia, Kia EV, Kia Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev