• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Tentang Enjin Peugeot PureTech yang Perlu Anda Tahu

Tentang Enjin Peugeot PureTech yang Perlu Anda Tahu

February 18, 2017 By Azhan O 1 Comment

847
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APABILA menyebut tentang enjin 3-silinder, model pertama yang terlintas dalam fikiran sudah tentulah kelibat model-model mini Perodua seperti Kancil, Viva dan Axia  dengan kuasa berlegar sekitar 30-60hp. Pembuatan casis model 3-silinder juga lebih ringan, manakala kualiti pengendalian berada pada tahap sederhana atau biasa-biasa saja. Kalau yang lebih berterus-terang, mereta kata, "Handling ke laut!"

Apa yang tidak dapat dipertikaikan ialah aspek penjimatan bahan api. Logiknya mudah, enjin 3-silinder lebih kecil dan ringan dengan proses pembakaran bahan api yang minimum. Namun, apabila Peugeot pada Januari lalu memperkenal dua model baharu di Malaysia yang didatangkan dengan enjin PureTech 3-silinder, sudah tentu debut itu sesuatu yang mengejutkan (jika anda pertama kali mengetahui tentang teknologi PureTech).

Ya, Peugeot berjaya menyelesaikan apa yang tidak mampu atau tidak mahu dilakukan kereta 3-silinder lain, iaitu keselesaan pemanduan dan prestasi setanding jentera 4-silinder menerusi pengenalan enjin PureTech. Apakah itu PureTech sebenarnya?

ENJIN PETROL BAHARU PEUGEOT


Bagi memenuhi keperluan mengurangkan pencemaran emisi kenderaan, Peugeot membangunkan barisan enjin petrol baharu 3-silinder, dinamakan PureTech. Keputusan mengecilkan kapasiti enjin membolehkan Peugeot meningkatkan aspek kecekapan dan pada masa sama mengekalkan prestasi dari segi kuasa dan tork. Enjin PureTech mampu memberikan kuasa yang tetap untuk pelbagai barisan model Peugeot, termasuk memastikan keselesaan akustik berkualiti tinggi kekal sama.

Pada 2015 enjin 3-silinder PureTech 110 S&S dan 130 S&S 1.2L turbo merangkul Anugerah Enjin Terbaik tahun itu, sekali gus membuktikan komitmen Peugeot dalam memberikan teknologi enjin yang bukan saja berkuasa dan menjimatkan, tetapi turut mementingkan keselesaan pemanduan.

LEBIH KOMPAK, KURANG EMISI


Barisan enjin petrol baharu itu dihasilkan di komun Tremery dalam Moselle dekat timur laut Perancis, dan dilancarkan seawal 2012 menerusi model 208. Bersama saiz lebih kompak, enjin 3-silinder PureTech berupaya mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) dan menjimatkan penggunaan bahan api sehingga lebih 25 peratus berbanding enjin 4-silinder dengan kuasa sama. Lebih penting enjin ini langsung tidak berkompromi dengan tahap keselesaan dan keseronokan memandu. Walaupun 3-silinder, Peugeot memberi jaminan bahawa model-modelnya yang dibekalkan enjin ini tetap selesa dan seronok dipandu.

Enjin ini cuma mencatatkan pengeluaran emisi CO2 pada kadar 99g per kilometer dan boleh dimuatkan pada hampir semua model penumpang Peugeot seperti 108, 208, 2008 dan 308, dengan tiga spesifikasi: 1.0L PureTech 68, 1.2L PureTech 82 dan 1.2L PureTech 82 S&S (Henti-Mula / Stop-Start).

ENJIN TURBO

enjin-terbaik-2015
enjin-terbaik-2016

Rekabentuk enjin yang dioptimumkan itu didatangkan dalam dua versi, aspirasi natural (NA) dan pengecajturbo yang saling berkongsi 40 peratus komponen. Generasi baharu turbo nyata sangat efisienyang mampu menghasilkan tork atau kuasa terbaik pada kelajuan rendah, di mana 95 peratus tork dicapai pada putaran enjin 1,500 hingga 3,500rpm.

Namun, cabaran sebenar enjin ini ada pada 110 S&S PureTech dan 130 S&S 1.2L PureTech yang dihasilkan di komun Douvrin dalam bahagian Pas-de-Calais, Perancis. Model-model yang dijana enjin ini ialah Peugeot 208, 2008, 308, 3008, 5008 dan Partner Tepee.

ENJIN PEUGEOT PURETECH PASARAN MALAYSIA

puretech
peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-4

Barisan Peugeot pertama yang tampil dengan enjin PureTech di Malaysia ialah model hatchback, Peugeot 208 PureTech dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Peugeot 2008 PureTech.

BACA >>> Peugeot 208 dan 2008 Puretech - Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

Kedua-dua model itu menggunakan jenis enjin sama berkapasiti 1.2L, 3-silinder sebaris dengan pengecajturbo. Uniknya, 208 dan 2008 mampu memberikan input enjin yang sama dari segi kuasa (110hp) dan tork (205Nm) walaupun segmen berbeza antara hatchback dan SUV.

Namun, apa paling mengagumkan ialah aspek kecekapan bahan api yang mampu mencapai jarak perbatuan melebihi 1,000km untuk isian penuh petrol ke dalam tangki berkapasiti 50 liter, yang juga merupakan kapasiti tangki standard bagi model pesaing lain dalam segmen sama.

Jadi, memang layaklah enjin PureTech ini mendapat anugerah enjin terbaik seperti yang diuar-uarkan. Malah, kami tidak ragu-ragu meletakkan Peugeot menerusi teknologi PureTech sebagai pengeluar pertama yang menjadi penanda aras untuk model petrol paling menjimatkan, berprestasi dan seronok dipandu.

Related

847
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: enjin 3-silinder, enjin PureTech, hatchback, Peugeot, Peugeot 2008, Peugeot 208, Puretech, Roda4, SUV, teknologi enjin PureTech

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev