• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Sportbike 4 Dapur 400cc Kove 400RR (2023) Ini Mampu Pecut 220kmj!

Sportbike 4 Dapur 400cc Kove 400RR (2023) Ini Mampu Pecut 220kmj!

December 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

917
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KOVE ialah pengeluar motosikal baharu di China yang mula beroperasi sejak 2017 dan kehadiran jenama itu mula dirasai di peringkat global selepas tampil dalam Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 menerusi pengenalan beberapa model yang dijangka memasuki pasaran Eropah.

Antara model konsep dipamerkan ialah motosikal advencer, rali, enduro dan sportbike. Baru-baru ini pula pengeluar itu memperkenalkan sportbike Kove 400RR (2023).

BACA >>> Kawasaki Lancar Sportbike 4-Silinder ZX-4R (2023) di Amerika Tahun Depan?
BACA >>> Lakaran Paten Model Kawasaki Ninja ZX-4R Bocor!

Kove-400-RR-169Gallery-faf4e2f9-1960605
Kove-400-RR-169Gallery-7c168a42-1960606

Kove 400RR bermain dalam kelas tersendiri iaitu kategori sport dengan enjin 4-silinder sebaris 400cc. Pengenalan sportbike tersebut mendahului spekulasi Kawasaki dengan projek Kawasaki ZX-4R yang ditunggu ramai peminat.

Kove 400RR (2023) dilancarkan dengan harapan memasuki pasaran antarabangsa yang dilihat sebagai langkah cukup berani daripada syarikat berstastus setahun jagung. Apapun, model ini memang ada potensi tersendiri.

Rekabentuk Kove 400RR tampil tipikal seperti kebanyakan sportbike moden lain dengan winglet pada fairing depan walaupun komponen itu dipercayai tidak memberi banyak manfaat terhadap aspek aerodinamik.

Kove-400-RR-169Gallery-a0ec61b0-1960604
Kove-400-RR-169Gallery-6a92c29b-1960608

Ada juga ruang ambilan udara di tengah fairing depan, tetapi tiada kepastian sama ada memberi manfaat kepada penunggang, atau sekadar kosmetik.

Berbeza model dipamerkan di EICMA 2022, Kove 400RR (2022) dengan swingarm sebelah, tetapi model pengeluaran ini menggunakan unit konvensional yang nampak seperti aluminium.

Mengenai aspek prestasi, Kove 400RR (2023) dijana enjin 4-silinder sebaris 400cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 67hp @ 13,500rpm dan 28.47Nm @ 12,000rpm. Dengan berat 158kg, sportbike itu mampu mencapai kelajuan 220kmj. Bagaimanapun, harga jualan belum diumumkan.

BACA >>> Lagi Pengeluar Motosikal China Bikin Sportbike 4-Silinder, Lancar Tahun Depan?
BACA >>> Zongshen Cyclone RG3 (2021) - Sport Touring 400cc dengan Gaya Abang Besar
BACA >>> Aprilia Bakal Perkenal Tuono, RS Versi 300cc-400cc
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R, Sportbike 4-Silinder 400cc dalam Pembikinan?

Kove-400-RR-169Gallery-a0ec61b0-1960604
Kove-400-RR-169Gallery-f2f5f26-1960607
Kove-400-RR-169Gallery-7c168a42-1960606
Kove-400-RR-169Gallery-6a92c29b-1960608
Kove-400-RR-169Gallery-faf4e2f9-1960605
Kove-400-RR-169Gallery-e188a9a1-1960609

SUMBER: RideApart

Related

917
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, EICMA 2022, Kove 400RR, Pameran Motor Milan (EICMA) 2022, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev