• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kurang 2 Bulan, Honda BR-V Terima 7,000 Tempahan - Varian V Paling Laku!

Kurang 2 Bulan, Honda BR-V Terima 7,000 Tempahan - Varian V Paling Laku!

February 17, 2017 By Abang GYL Leave a Comment

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA BR-V terus mengganas apabila sudah menerima 7,000 unit tempahan bagi tempoh kurang dua bulan.

Dengan sasaran awal sebanyak 800 unit sebulan, Honda BR-V kini sudah melangkaui jangkaan asal sekaligus menjadikan ia antara model paling diminati ramai.

Menurut Honda Malaysia, varian V (versi premium) paling banyak ditempah memandangkan ia memiliki pelbagai ciri dan teknologi terkini.

BR-V, diambil daripada singkatan Bold Runabout Vehicles ialah model yang dibangunkan khas untuk pasaran Asean dan pertama kali dilancarkan di Indonesia, disusuli Thailand, India dan Filipina.

ENJIN 1.5L

Honda BR-V serba baharu dikuasai oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah “Honda Earth Dreams Technology”.

Ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 118hp pada 6,600rpm dan tork puncak 145Nm (4,600rpm).

7 TEMPAT DUDUK

Menawarkan kapasiti 7-tempat duduk, Honda BR-V menampilkan desain signatur Honda menerusi ‘Solid Wing Face’ bersama rel bumbung yang nyata menyerlahkah penampilan penuh bergaya dan berkarakter.

Menambahkan elemen trendy Honda BR-V ialah kehadiran lampu siang (DRL) dan rim aloi dua tona 16-inci, termasuk ciri keselamatan asas seperti kamera undur dan pelbagai sensor.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Anda Wajib Beli Honda BR-V, Harga Pula ‘Tak Masuk Akal’

KESELAMATAN 5-BINTANG

Honda BR-V menerima pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP. Ia memiliki dua beg udara, Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), kamera undur dan Bantuan Mula-Mendaki (HSA).

GALERI

honda br-v 2017

Related

385
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: booking BR-V, br-v, Honda BR-V, Honda Malaysia, tempahan honda br-v

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my