• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengangkutan Awam Lebih Selamat, Lama Tunggang Motor Punca Muskuloskeletal - MIROS

Pengangkutan Awam Lebih Selamat, Lama Tunggang Motor Punca Muskuloskeletal - MIROS

December 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berharap penunggang motosikal negara ini dapat beralih kepada pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan.

Portal PaulTan memetik Pengerusi MIROS, Profesor Dr Wong Shaw Voon sebagai berkata;

Kami harap pada masa akan datang, kami boleh mengalihkan kumpulan pengguna jalan raya ini (motosikal) dari mod pengangkutan paling berbahaya kepada mod pengangkutan paling selamat, iaitu pengangkutan awam seperti (perkhidmatan) rel."

Beliau mengakui proses itu misi sukar dicapai khususnya di kawasan luar bandar, tetapi agensi itu mahu 'mendapatkan sokongan' daripada semua pihak untuk memastikan pengguna jalan raya menggunakan kaedah perjalanan paling selamat.

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Kisah Sedekad di Lebuhraya Persekutuan, Lebih Banyak Motosikal Kemalangan di Jalan Kereta

Dua kaedah diutarakan adalah  memilih kereta paling selamat atau mod pengangkutan paling selamat. Wong berkata lagi;

Di Malaysia, kita ada kumpulan pengguna motosikal yang menunggang pada jarak jauh setiap hari. Contohnya, mereka mungkin tinggal di Serdang atau Kajang dan mungkin bekerja di Shah Alam.

"Dan mereka ke tempat kerja setiap hari menggunakan motosikal. Itu suatu jarak jauh dan banyak jam dihabiskan untuk perjalanan (menggunakan motosikal), yang bukan betul-betul selamat dan tidak baik untuk kesihatan penunggang."

bas-perantara-lrt-rapidkl-bg
jawatankuasa-siasatan-nahas-tren-lrt-bg

Menunggang motosikal dalam tempoh lama selepas beberapa tahun dapat membuatkan seseorang terdedah kepada gangguan muskuloskeletal, seperti tangan menggigil, sakit belakang, kebas dan sebagainya.

Wong berkata, pengangkutan awam seperti rel adalah mod pengangkutan paling selamat berbanding menunggang motosikal. Walaupun mengakui pengguna perkhidmatan sudah bertambah, tetapi servis yang ada masih kurang mencukupi.

Dalam erti kata mudah, Malaysia masih memerlukan sistem rangkaian pengangkutan awam yang lengkap, efisien dan lebih baik.

BACA >>> KPN Saran Haramkan Jualan Kapcai Prestasi Tinggi
BACA >>> Punca Ramai Penunggang Maut, Lagi Gesaan Haramkan Kapcai!

 

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), MIROS, Profesor Dr. Wong Shaw Voon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev