• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez Sumbang RM471k kepada NGO Penyakit Mata

Marquez Sumbang RM471k kepada NGO Penyakit Mata

December 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


MARC Marquez pernah mengalami masalah diplopia berikutan kemalangan Moto2 pada 2011.

Kemalangan tersebut berlaku ketika dia baru berusia 18 tahun dan musim seterusnya sebelum  berjaya mengatasi masalah penglihatan berganda itu dan muncul juara Moto2.

Hampir sedekad berlalu, masalah diplopia kembali membelenggu Marquez akibat kemalangan latihan motocross pada November 2021. Masalah sama berulang ketika Marquez terpelanting tinggi di GP Indonesia 2022 di Mandalika.

BACA >>> Marquez: Kemalangan di Mandalika Paling Teruk, Rasa Macam Tak Mahu Berlumba Lagi
BACA >>> Dokumentari Lima Episod Detik Sukar Marquez dalam MotoGP Tayang Februari 2023

Pelumba Honda itu berkata;

Masa aku hadapi diplopia, bukan setakat aku tak sempurna, tapi aku juga tiada kawalan. Aku tak dapat pandu ke mana-mana dengan kereta dan perlu bergantung kepada orang lain. Aku pun tak boleh baca dengan dua mata terbuka."

“Luka bahu memang menyakitkan. Tapi kadangkala kau boleh lupakan (sakit bahu) seketika. Tapi, kalau kau mula lihat berganda, sukar untuk kau lupakannya sepanjang hari. Hanya ketika tidur.

"Penglihatan itu satu anugerah berharga dan selepas berdepan semua masalah penglihatan, aku lebih bersyukur.”

Doktor Marquez, Bernardo Sánchez Dalmau dengan Jorge Peraza, Alfredo Adán dan Josep M Campistol mempelawa pelumba itu hadir ke majlis pemberian sumbangan Learn for Sight di Barcelona, Sepanyol.

Pertubuhan itu berpangkalan di Haiti dan berhasrat menambah baik kesihatan mata penduduk di situ. Haiti memiliki populasi seramai 12 juta penduduk.

Bagaimanapun, di situ cuma sekitar 30 pakar oftalmologi yang perlu merawat lebih 100,000 penduduk berdepan masalah buta yang boleh dicegah jika mendapat rawat awal sewajarnya. Marquez menghulurkan sumbangan €100,000 (RM471,170) kepada Learn for Sight. Menurutnya;

Aku sentiasa berterima kasih kepada Hospital Clínic Barcelona terhadap semua bantuan aku terima untuk mata sendiri. Ini sebabnya aku percayakan mereka sepenuhnya. Apabila mereka tanya sama ada aku nak ikut kerjasama projek itu, aku langsung tidak teragak-agak."

BACA >>> Repsol Honda Sahkan Marquez Akan Beraksi di Sepang
BACA >>> Pakar: Gangguan Saraf Mata Marquez Tak Teruk
BACA >>> Marquez: "Mata Aku OK, Bahu Je Sakit Sikit"

SUMBER: RideApart

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Diplopia, GP Indonesia, Honda Racing, Learn for Sight, Marc Marquez, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my