• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

Kia Stinger Tribute Edition (2023), Hanya 1,000 Unit Dikeluarkan Sempena Tamat Pengeluaran

December 29, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA STINGER ialah liftback hebat yang pernah menjadi model paling berkuasa dikeluarkan pengeluar dari Korea itu.

Malah status itu masih kekal jika diletakkan dalam kategori enjin pembakaran dalaman kerana model paling berkuasa Kia kini dipegang kereta elektrik EV6 GT.

BACA >>> 17 Fakta Pantas: Kia Stinger GT 2.0L, 3.3L Kini di Malaysia, Harga Bermula RM239,888!
BACA >>> Kia Stinger Scorpion Special Edition (2022) Lancar di Amerika, Harga Mula RM216k

Kia Stinger Kini Di Malaysia_PanduLaju

Kia Stinger dikeluarkan pada 2017 dalam dua varian, 2.0 GT Line dan 3.3 V6 GT sebelum dibawa masuk ke pasaran tempatan pada 2018 yang ditawarkan padas harga antara RM240,000 dan RM310,000. Selepas beberapa tahun di pasaran, model itu akan dibersarakan, tetapi diakhiri Kia dengan tangan kosong.

Kia Stinger Tribute Edition.01
Kia Stinger Tribute Edition.02

Buah tangan terakhir itu dikenali Kia Stinger Tribute Edition (2023) yang dikeluarkan 1,000 unit sahaja untuk pasaran dunia. Berikut spesifkasi mengenai model tersebut:

  • Diasaskan daripada Kia Stinger GT 3.3 V6 turbo kembar.
  • Warna kelabu kusam Moonscape, sebagai tambahan kepada Ascot Green.
  • Warna hitam kilat untuk cermin sisi dan rim sport 19 inci.
  • Kaliper brek Brembo hitam.
  • Material kulit coklat Terracotta untuk kerusi, pelapik panel pintu dan pemegang pintu.
  • Kemasan karbon pada atas konsol dan panel pintu.
  • Logo pada penyandar kepala kerusi.
  • Plat sil pintu dengan nombor siri.

Sebagai rujukan, Kia Stinger GT 3.3 menghasilkan kuasa 368hp, dan tork 510Nm, manakala transmisi automatik 8-kelajuan. Stinger juga menjadi manifestasi persaingan Kia peringkat global dengan jenama premium seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

Dari segi rekabentuk, Kia Stinger mendapat sentuhan Sang Hun Ahn dan diterajui Peter Schreyer dan Gregory Guillaume, manakala kerja kejuruteraan melibatkan mantan Naib Presiden Kejuruteraan BMW M, Albert Biermann.

BACA >>> Kia Seltos (2023) Diperkenal di AS dengan Gaya Lebih Premium!
BACA >>> Kia Forte (2023) Lancar di Amerika, Apa Baharu Kali Ini?

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Albert Biermann, Kia, Kia Stinger, Kia Stinger Tribute Edition, Kia Stinger Tribute Edition (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev