• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / #BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) - Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!

#BikinKereta: Hennessey VelociRaptoR 1000 (2023) - Ford F-150 Raptor R Versi Lebih Buas!

December 29, 2022 By Abang Hirata 1 Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HENNESSEY menambah penawaran baharu buat pelanggan yang mahukan trak pikap berkuasa luar biasa.

Pengeluar kereta hiper dan kenderaan prestasi tinggi dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu menawarkan Hennessey VelociRaptoR 1000 yang diubah suai daripada Ford F-150 Raptor R.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Kini di Malaysia! Enjin Petrol 3.0L V6 Twin-Turbo, Harga RM259k!
BACA >>> VelociRaptor 600 - Ford F-150 Raptor dengan Kuasa 600hp, 0-100kmj Sepantas 4.2 Saat!

Dalam kondisi asal, Ford F-150 Raptor R dengan enjin 5.2L V8 sudahpun menghasilkan kuasa setinggi 700hp. Enjin itu sebenarnya dikongsi daripada Ford Mustang GT500 yang mana Hennessey sebelum ini pernah tampil dengan Venom 1200 Mustang GT500 yang berkuasa lebih 1,200hp.

Bagi trak pikap besar itu pula, Hennessey merancang menggantikan supercas 2.65L asal kepada supercas 3.8L. Ubah suai lain melibatkan induksi udara aliran tinggi, injektor bahan api lebih besar, talian bahan api dipertingkat dan tali sawat pengecas baharu.

Berapa pula kuasa Hennessey VelociRaptoR 1000? Dijangka naik kepada hampir 1,000hp dan tork lebih 1,152Nm yang  bakal meletakkan ia sebagai antara trak pikap paling pantas dan berkuasa di dunia.

Selain penambahan kuasa, Hennessey VelociRaptoR 1000 akan dipasang beberapa perkakasan luaran dan menambah keupayaan off-road. Antaranya bampar depan dan belakang VelociRaptor, lampu depan LED, rim 20 inci Hennessey dan tayar off-road 37 inci. Turut dipasang logo VelociRaptoR 1000 dan plak nombor siri.

Dengan segala pakej modifikasi, Hennessey memberi waranti dua tahun atau jarak perbatuan 40,000km.

Hennessey VelociRaptoR 1000 bakal dikeluarkan pada 2023. Menariknya pelanggan di AS boleh menempah terus trak pikap itu daripada pengedar sah Ford selain Hennessey sendiri.

BACA >>> Hennessey Venom 1200 Mustang GT500, Ubah Suai Mustang Shelby dengan Kuasa 1,204hp!
BACA >>> #BikinKereta: Ford F-150 Raptor Jadi Hennessey VelociRaptor 6x6, Harga Lebih RM1.8 Juta!

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda4 Tagged With: Bikin Kereta, f-150 raptor r, Ford, Ford F-150 Raptor R, Hennessey, Hennessey VelociRaptoR 1000, Roda4, Trak pikap, Venom 1200 Mustang GT500

Comments

  1. perodua branch says

    February 4, 2023 at 10:43 PM

    teringin nak pakai, semoga 1 hari nnt, tercapai juga naknpakai ford raptor ni

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my