PENGELUAR automobil dari China, Chery mendedahkan bersedia memulakan semula operasi perniagaan automotif di Malaysia menjelang pertengahan 2023 nanti.
Sebagai permulaan, Chery Malaysia mahu menumpukan kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) selepas menyaksikan prestasi pertumbuhan mendadak di Malaysia seiring trend global.
BACA >>> Chery Kembali ke Indonesia! Lancar Dua Model SUV, 7-Kerusi Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro
Pengeluar itu mendakwa kenderaan segmen SUV menguasai pasaran sekitar 30 peratus pada 2021 dan mencatat pertumbuhan kira-kira 43 peratus tahun ke tahun.
MODEL APA BAKAL MASUK MALAYSIA?
Dalam sesi dialog maya bersama wakil Chery di China, ada beberapa maklumat dikongsi bersama PanduLaju, iaitu:
- Chery Omoda 5 dan Chery Tiggo 8 Pro akan dilancarkan di Malaysia sebagai produk pemasangan tempatan (CKD).
- Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro menggunakan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) dalam pemanduan sebelah kanan (RHD).
- Tiggo 4 Pro dan Tiggo 7 Pro juga akan diperkenalkan sebagai model CKD, tetapi akan dilancarkan secara berperingkat.
- Varian hibrid plug-in (PHEV), seperti Chery Tiggo 8 Pro dan kenderaan elektrik (EV) lain berpontensi memasuki pasaran Malaysia sebagai model import (CBU).
- Chery China masih dalam proses membangunkan model PHEV dan EV versi RHD. Apabila siap kelak, model demo akan dibawa masuk ke Malaysia (selain unit Tiggo 8 PHEV yang sudah sedia ada dalam negara).
FOKUS PASARAN, RANGKAIAN PENGEDAR
- Chery Malaysia memberi penekanan kepada model SUV, terutama segmen-B dan -C untuk 2023.
- Chery Malaysia ialah subsidiari Chery di China dan bukan firma yang terbentuk melalui perkongsian. Tujuannya, menjaga aspek pengedaran selain meningkatkan keyakinan pelanggan.
- Chery Malaysia mahu mengambil pendekatan holistik dan bukan sekadar aspek jualan atau servis kenderaan semata-mata. Ini termasuk memberikan pengalaman end-to-end.
- Chery Malaysia juga mahu melantik sekurang-kurangnya 30 pengedar yang tertumpu di kawasan bandar utama seluruh negara, termasuk kawasan Malaysia Timur.
- Chery Malaysia juga berbincang dengan kumpulan pengedar yang masing-masing sudah bersedia menjalankan operasi berniaga.
PROJEK CKD CHERY
Bagaimanapun, Chery memilih untuk mengunci mulut mengenai rakan strategik di Malaysia yang akan menjalankan aktiviti CKD produk jenama itu.
Namun akhbar The Edge pernah melaporkan kerja kontrak pemasangan kenderaan Chery (CKD) dilakukan anak syarikat Sime Darby Bhd, Inokom Corp Sdn Bhd.
Menurut Chery kepada PanduLaju, pelaburan di Malaysia membabitkan dua fasa, iaitu:
- FasaPertama: Bekerjasama dengan rakan strategik untuk projek CKD di Malaysia dan masih menunggu keputusan daripada Kerajaan baharu.
- Fasa Kedua: Membabitkan pelaburan lebih besar untuk bisnes pemasangan kenderaan di Malaysia.
- Nilai pelaburan kedua-dua fasa tidak didedahkan, yang mana melibatkan aspek kilang pemasangan, termasuk rangkaian pengedar.
- Jumlah pengeluaran CKD disasarkan 30,000 unit untuk tahun pertama.
Apabila ditanya mengenai status kesediaan Chery memulakan operasi di Malaysia pada suku kedua 2023 dengan tawaran model CKD dengan situasi di Malaysia yang masih 'tergantung', pengeluar itu memaklumkan;
Awal tahun depan, kami mulakan dengan model SKD (pemasangan separa tempatan)."
RANCANGAN EKSPORT
- Chery juga merancang menjadikan Malaysia hab eksport kenderaan ke negara Asean lain.
- Malah tahun depan, Chery merancang meneroka beberapa pasaran RHD di Asia seperti Brunei, Singapura dan Australia.
- Chery memasuki Indonesia pada November 2022, tetapi cuma memperkenalkan model import (CBU).
- Pasaran RHD lain yang sudah ditembusi Chery ialah Pakistan (Mac 2021), Bangladesh (Ogos 2022) dan Afrika Selatan (2021).
BACA >>> SUV 7-Kerusi Chery Tiggo 8 Pro (2022) Masuk Afrika Selatan, Harga Mula RM135k!
BACA >>> Chery Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro 'Made In Indonesia' Siap Sedia Dilancarkan
BACA >>> Spesifikasi Chery Tiggo 7 Pro (2021): Lancar di Filipina, Harga Mula RM106k
BACA >>> Chery Dedah Lakaran SUV Baharu Untuk Pasaran Eropah
BACA >>> Transformasi Chery - Bakal Tukar Nama Baharu, Lantik Ketua Pereka GM
Leave a Reply