• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB190R (2023) Lancar dengan Harga Mula RM10.3k, CBF190R (2023) Bakal Lancar

Honda CB190R (2023) Lancar dengan Harga Mula RM10.3k, CBF190R (2023) Bakal Lancar

December 21, 2022 By Aryon 1 Comment

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CB190R
, dan Honda CBF190R diperkenal buat kali pertama pada awal 2015 dengan mendapat sambutan hangat di pasaran global.

Naked bike itu digemari kerana mudah ditunggang selain dilengkapi ciri praktikal untuk tunggangan harian hingga menjadi motosikal pilihan buat ramai penunggang novis.

BACA >> Honda CBR150R (2022) Tampil Seragam Baharu di Indonesia, Harga Mula RM10.4k

Honda CB190R dijual Wuyang Honda, iaitu syarikat kolaborasi antara Honda dan syarikat dari China, manakala Honda CBF190R dihasilkan dan dijual Sundiro Honda. Kedua-dua model itu memiliki liveri berbeza, dan juga dikeluarkan dari barisan pemasangan berlainan, manakala ciri selebihnya adalah sama.

Berikut ciri dua naked bike tersebut:

  • Kedua-dua model dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 184cc OHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 16.6hp @ 8,000rpm dan tork 16Nm @ 7,000rpm.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras di belakang.
  • Ciri lain diberikan ialah Sistem Brek-Anti-Kunci (ABS), panel meter LCD dengan indikator gear, lampu amaran bahaya.
  • Dua model tersebut hanya berbeza warna, manakala kuasa dan ciri adalah sama seperti model terdahulu.
  • Bahagian putih asal pada badan Honda CB190R (2023) diubah kepada warna jingga klasik GP (foto atas kiri), dengan grafik belakang direka baharu.
  • Skema klasik Honda CBF190R (2023) dalam warna merah-putih-biru juga direka baharu dengan rim dicat biru  untuk penampilan lebih segar dan menarik mata memandang.
  • Honda CB190R (2023) versi sport keluaran Wuyang Honda dijual pada harga 16,180 yuan (RM10,310), manakala versi GP berharga 17,180 yuan (RM10,950).
  • Honda CBF190R (2023) buatan Sundiro Honda pula dijangka dilancarkan penghujung bulan ini , berserta harga jualan.

BACA >>> Honda Bakal Lancar Motosikal CRF190L Rally (2022) Di China, Harga RM11k!
BACA >>> Voge 125R (2023) Banyak Ciri Menarik, Mampu Cabar KTM 125 Duke, Honda CB125R

HONDA CB190R (2023)
HONDA CBF190R (2023)

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB190R (2023), Honda CBF190R (2023), naked bike, roda2, Sundiro Honda, Wuyang Honda

Comments

  1. Lawrence says

    July 17, 2024 at 8:41 AM

    Di mana boleh saya dapat CB190R spare parts di kawasan Hohor Bahru?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my