• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cewek Indonesia Terkejut Penunggang Motosikal Boleh Masuk Lebuh Raya di Malaysia

Cewek Indonesia Terkejut Penunggang Motosikal Boleh Masuk Lebuh Raya di Malaysia

December 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pelancong dari negara jiran Indonesia mengakui terkejut melihat penunggang motosikal Malaysia dibenarkan menggunakan lebuh raya dengan berkongsi kekaguman itu dalam TikTok.

Klip video itu merakamkan kelibat beberapa penunggang motosikal yang dirakamnya dari kereta.

@giannovie Masih kaget kalau terjumpa motorcycles di highways 😂 #indonesianinmalaysia #orangindonesiadimalaysia #cultureshock #tiktokmalaysiaviral #fypdong #tiktokindonesia #tiktokindo ♬ bunyi asal - Nyap tahuk - zul nyp selek

Katanya;

Satu benda aku masih terkejut di Kuala Lumpur ialah motosikal boleh memasuki (laluan) lebuh raya. Sebab di Indonesia, motosikal langsung tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya.

"Jadi, kadangkala ketika pemanduan (di Malaysia) aku jadi terkejut ada motor.”

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
BACA >>> Motosikal Kekal Mod Pengangkutan Paling Popular Indonesia, Jumlah Cecah 126 Juta Unit!

Penunggang motosikal tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya di Indonesia.

Perkongsian gadis itu menarik perhatian netizen Malaysia dan Indonesia yang kemudian saling berkongsi senario pengguna motosikal dan lebuh raya di negara masing-masing.

Di Indonesia, penunggang motosikal tidak dibenarkan memasuki lebuh raya, atau digelar jalan tol, dan perlu menggunakan jalan raya biasa.

Salah satu sebab utama, Indonesia memiliki populasi pemilik motosikal lebih banyak daripada pemilik kereta ramai yang dikhuatiri menyebabkan kesesakan lebuh raya. Ada juga netizen bertanya mengenai motosikal besar di Indonesia, dan respons diberikan;

Pemilik TikTok itu dimaklumkan penunggang motosikal Malaysia tidak perlu membayar tol untuk kebanyakan laluan lebuh raya. Malah ada netizen Malaysia bertanya adakah dia pernah bertemu 'Superman' naik motor.

BACA >>> Terus Jadi 'Superman Dungun' Selepas Buka Puasa Kari Kepala Ikan di Hulu Terengganu
BACA >>> 'Superman Kedah' Kena Tahan di Ipoh
BACA >>> Cuak Video Tular, 'Superman PD' Serah Diri

SUMBER: TikTok

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Lebuh Raya Malaysia, motosikal, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my