• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aktres Elvina Geram Parkir Kena Cop

Aktres Elvina Geram Parkir Kena Cop

December 20, 2022 By Shawkath Leave a Comment

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH parkir terhad menjadi antara dilema dan cabaran besar dialami penduduk yang menetap di ibu kota dan bandar besar.

Jadi, bukan situasi luar biasa melihat sikap segelintir rakyat Malaysia yang mementingkan diri hingga tergamak menyekat parkir awam (cop parkir).

BACA >>> Cop Parkir: Netizen Singapura Pun Malu Perangai Rakyat Sendiri!
BACA >>> Menteri India Cadang Ganjaran Duit Jika Lapor, Hantar Foto Pemandu Salah Parkir

Terbaharu, aktres Datin Elvina Mohamad mendedahkan dirinya menjadi mangsa keadaan dengan berkongsi klip video insiden cop parkir di akaun TikTok.

@elvinamohamadTak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punya laa 3 4 kali round cari and tunggu parking. Lepas tu senang2 dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dr parking. Ikut kan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!♬ original sound - Elvina Mohamad

Klip video itu menunjukkan seorang wanita berdiri di satu lokasi parkir sambil menunggu rakannya tiba meletakkan kenderaan. Kata Elvina;

Tak sangka eh masih ada orang buat macam ni, nak COP2 PARKING! Kita ni punyalah 3-4 kali pusing cari dan tunggu parking. Lepas tu senang dia je dia berdiri situ nak cop parking untuk kawan dia. Lepas tu menipu cakap dah berdiri lama padahal kami dari awal memang dah tunggu nak park situ lepas kereta lain keluar dari parking. Ikutkan hati je nak maki! Haihhh geramm rasa!"

BACA >>> Lebih 10 Kenderaan Parkir Tepi Jalan Rosak Kena Gesel Lori
BACA >>> PDRM: Salah atau Tidak 'Cop Parking' Ikut Undang-Undang?

Walaupun ditegur Elvina, wanita berkenaan berdegil dan buat tidak endah, serta selamba membantu rakannya, yang memandu Perodua Bezza biru memasuki lot parkir tersebut. Turut kelihatan seorang lelaki dipercayai rakan mereka.

Jika mengambil kira undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah menjelaskan tindakan 'cop parkir' adalah tidak dibenarkan, dan sesiapa yang melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau dipenjara hingga enam bulan untuk kesalahan pertama. Jika didapati mengulangi kesalahan sama boleh didenda RM4,000 (maksimum) dan penjara hingga 12 bulan.

Apa kata anda?

BACA >>> Orang Kaya Hong Kong Beli Satu Lot Parkir Kereta Harga RM5.3 juta!
BACA >>> Elak Parkir Dalam Lot OKU Tapi Letak Axia Atas Tanjakan, Apa Motifnya?
BACA >>> Penunggang Motosikal Petrol di Paris Kena Bayar Parkir Jika Masuk Bandar

SUMBER: PaulTan

Related

44
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cop Parkir, Datin Elvina Mohamad, Perodua Bezza, Sikap pemandu Malaysia, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my