• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Beam Mobility Daftar Lebih 80k Pengguna Baharu e-Skuter, Trip Lebih 2j KM Sepanjang 2022

Beam Mobility Daftar Lebih 80k Pengguna Baharu e-Skuter, Trip Lebih 2j KM Sepanjang 2022

December 19, 2022 By Aryon Leave a Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENYEDIA perkhidmatan mikro-mobiliti di Malaysia, Beam Mobility mencatatkan rekod baharu dari segi jumlah tunggangan, penunggang, dan penggunaan e-skuter  yang menandakan permulaan era pengangkutan baharu di negara ini.

Sejak diperkenalkan pada 2019, misi Beam adalah membantu aliran trafik dalam bandar selain mengurangkan pencemaran karbon. Walaupun masih banyak perlu dilakukan, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk menjadikan misi itu satu kenyataan.

BACA >>> e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia
BACA >>> Syarikat UAE Perkenal e-Skuter Khas untuk Cabaran Timur Tengah, Barq Rena Max (2023)!

e-skuter-beam-2
e-skuter-beam-1

Sepanjang tahun ini, Beam mendaftarkan lebih 80,000 pengguna baharu dengan jumlah penunggang 65 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu. Ini menunjukkan pengguna Malaysia sudah mula mengenali e-skuter sebagai cara alternatif dan inovatif untuk bergerak, terutama sebagai pengangkutan awal dan akhir ke destinasi tujuan.

Berdasarkan rekod, lebih sejuta trip dilakukan sepanjang tahun ini, iaitu 2.5 kali ganda lebih banyak daripada 2021, dan lebih 10,000 trip adalah melibatkan destinasi pengangutan awam seperti MRT, LRT, atau stesen bas, iaitu meningkat lima kali berbanding tahun lalu.

Angka tersebut membuktikan pengguna Malaysia kini sudah mula menyedari dan menerima e-skuter Beam sebagai cara efisien melengkapkan perjalanan mereka.

Sepanjang tahun lalu juga Beam berusaha meluaskan kawasan liputan dengan menempatkan lebih 3,500 unit e-skuter seluruh Semenanjung seperti di Perak, Pahang, Johor dan tambahan kawasan sekitar Lembah Klang seperti di Mont Kiara, Bandar Utama, Ara Damansara, Cheras dan lain-lain.

Sepanjang 2022, pengguna e-skuter Beam sudah melakukan perjalanan lebih 2 juta kilometer yang menyaksikan lebih 486 tan emisi karbon dapat dikurangkan.

Misi karbon rendah yang dikongsi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang Jaya dan Kuantan turut menyumbang kepada pertumbuhan pengangkutan hijau di bandar-bandar berkenaan.

Malah maklum balas daripada rangkan kongsi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, dan EduCity Iskandar memberikan impak positif kepada masalah ruang parkir terhad dan kehidupan kampus.

BACA >>> Ora Good Cat (2022) Kini di Malaysia, Harga Mula 139.8k dengan Waranti Bateri 8 Tahun!
BACA >>> Melaka Kaji Penggunaan Basikal, e-Skuter di Kawasan Pelancongan

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Beam Mobility, e-Skuter, e-Skuter Beam, Mikro-Mobiliti, Pengangkutan Hijau

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev