DALAM teknologi keselamatan kenderaan, Honda menetapkan misi 'Keselamatan untuk Semua' dengan sasaran sifar kehilangan nyawa akibat perlanggaran melibatkan motosikal dan kereta menjelang 2050.
Bagi mencapai sasaran tersebut, Honda giat membangunkan teknologi keselamatan dan bantuan pemandu. Terbaharu pengeluar dari Jepun itu mengumumkan ciri baharu 'Honda SENSING 360' dan 'Honda SENSING Elite'.
BACA >>> Honda Pertingkat Teknologi Keselamatan, Bakal Lancar Honda Sensing 360
BACA >>> Honda City Hatchback V-Sensing (2022) Kini di Malaysia, Harga RM91.7k!
Kenderaan Honda akan dilengkapi Honda SENSING 360 menjelang separuh kedua dekad ini (2025 ke atas) dan dijadikan ciri standard pada semua model Honda dan Acura di Amerika Syarikat (AS) menjelang 2030. Sebagai pengeluar bawah syarikat sama, Honda SENSING 360 dijenamakan sebagai AcuraWatc untuk kenderaan Acura.
Secara ringkas, Honda SENSING 360 melibatkan teknologi pengesanan tepat untuk pemandu dan sekeliling kereta. Honda SENSING Elite pula membantu pemandu dalam pemanduan bebas stereng atau tanpa tangan diletakkan pada stereng, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Honda SENSING 360
- Generasi pertama Honda SENSING 360 mengurangkan titik buta bagi meningkat aspek mengelak perlanggaran dan mengurangkan beban pemandu.
- Bermula di China pada 2024, generasi baharu Honda SENSING 360 akan dilengkapi teknologi baharu supaya dapat mengurangkan beban pemandu dengan mengurangkan kebarangkalian berlaku perlanggaran.
- Ciri itu dibuat menggunakan pengesanan tepat atau situasi tidak normal yang berlaku pada pemandu dan juga sekeliling kenderaan.
Honda SENSING Elite
- Kemajuan dan popularisasi Honda SENSING Elite akan menjadi varian Honda SENSING paling premium.
- Honda sedang membangunkan teknologi yang dapat membantu pemandu memandu dengan selamat dan lancar dari kediaman ke destinasi dalam pelbagai kondisi jalan raya, termasuk jalan raya biasa.
- Antara teknologi untuk pemanduan atas jalan raya biasa adalah ciri boleh lepas tangan dari stereng atau bebas tangan ketika memandu dalam kesesakan trafik di jalan raya utama.
- Misalnya, fungsi bebas tangan ketika masuk dan keluar lebuh raya di simpangan jalan.
- Membantu pemandu memarkir dan keluar dari garaj rumah secara automatik.
- Melalui penggunaan AI, Honda SENSING Elite mampu meningkatkan keupayaan mengesan situasi rumit dan menangani situasi pemanduan sukar di jalan raya biasa. AI juga mampu menjadi semakin pintar seiring situasi atau pengalaman dilalui pemandu.
- Tarikh pelancaran Honda SENSING Elite generasi baharu belum dimaklumkan.
Buat masa ini hampir 7 juta kenderaan di jalan raya AS menikmati kelebihan teknologi Honda SENSING dan AcuraWatch.
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Masuk UK, Harga Mula RM251k!
BACA >>> #RetroAuto: Senarai 25 Tahun Honda Civic Type R Sejak 1997
Leave a Reply