• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?

UK Lancar Hyundai IONIQ 6 (2023) dengan Harga Mula RM251k, Bakal Masuk Malaysia?

December 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT kenderaan elektrik (EV) tempatan ada alasan kukuh mengimpikan pelbagai model EV dibawa masuk ke pasaran tempatan selepas Kerajaan mengecualikan duti import dan eksais, termasuk fi permit import.

Impak pengecualian tersebut dapat dilihat menerusi pelancaran pelbagai model seperti Hyundai IONIQ 5. Malah, beberapa model EV dilihat mendapat sambutan hangat hingga tempoh menunggu mengambil masa berbulan lama.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025
BACA >>> HSDM Lancar Siri EV Penuh IONIQ 5 (2022), Harga Mula RM199k!

Tidak dilupakan Tesla yang dibeli daripada pengimport bebas memandangkan jenama itu tiada pengedar rasmi di negara kita. Selain Hyundai IONIQ 5, Hyundai ada sebuah lagi model EV, iaitu Hyundai IONIQ 6 yang sudah diperkenalkan di beberapa negara.

Walaupun dari pengeluar sama, model itu langsung berbeza dengan menampilkan rekabentuk streamline untuk memanfaatkan aspek aerodinamik, sebaliknya rekabentuk Hyundai IONIQ 5 pula tipikal seperti kereta biasa dalam gaya berkotak.

Terbaharu Hyundai mengumumkan empat varian dan harga atas jalan Hyundai IONIQ 6 di Britain bermula £46,745 (RM251,160) - £53,745 (RM288,770). Sebagai rekod, tiga varian Hyundai IONIQ 5 pasaran tempatan dijual pada harga bermula RM207,808 hingga RM270,408 dalam pilihan pacuan roda belakang (RWD) dan bateri 58kWj, atau pacuan semua roda (AWD) dan bateri 72.6kWj.

Ciri Hyundai IONIQ 6 Edisi Britain
  • Dibina berasaskan Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dibangunkan Hyundai Motor Group (HMG).
  • Memiliki pekali seretan (Cd) 0.21, dan dilengkapi flap udara (air flap) aktif pada bampar depan dan plat pengurang jurang roda pada sisi bampar.
  • Angka kuasa varian RWD: 226hp dan 350Nm
  • Angka kuasa varian AWD: 323hp dan 605Nm
  • Bateri 77.4 kWj.
  • Mendapat rating lima bintang dalam ujian keselamatan EuroNCAP.
  • Ada tujuh beg udara sebagai standard.
  • Lampu utama LED dengan fungsi sistem lampu depan pintar (Intelligent Front Lighting System, IFLS) yang menggunakan teknologi pancaran matriks untuk melaras suluhan cahaya (light beam) secara automatik tanpa menjejaskan pengguna jalan raya lain.
  • Ciri Vehicle 2 Load (V2L) untuk sambungan palam tiga pin bagi membekalkan tenaga elektrik kepada perkakasan.
  • Ada 11 pilihan warna.
Varian dan Harga Hyundai IONIQ 6 Edisi Britain

  • Hyundai IONIQ 6 Premium (RWD): 226hp, £46,745 (RM251,160)
  • Hyundai IONIQ 6 Premium (AWD): 323hp, £50,245 (RM269,960)
  • Hyundai IONIQ 6 Ultimate (RWD): 226hp, £50,245 (RM269,960)
  • Hyundai IONIQ 6 Ultimate (AWD): 323hp, £53,745 (RM288,770)

Saya berpendapat Hyundai IONIQ 6 berpotensi kuat dijual di pasaran tempatan kerana selain Hyundai IONIQ 5, Hyundai-Sime Darby Motors turut memasarkan Hyundai Kona Electric.

Hebat bukan? Kini sudah ada dua model elektrik Hyundai di pasaran tempatan atau tiga jika mengambil Kia EV6 yang juga berada di bawah HMG.

BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!
BACA >>> IONIQ 5 N Lancar 2023! Hyundai Tayang Model Konsep Prestasi RN22e, N Vision 74

Related

76
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, hyundai, Hyundai IONIQ 6, Hyundai Motor Group, Hyundai Motor Group (HMG), IONIQ 6, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my