• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Augur 155 (2023) Ada Ciri Lampu Miring, Siap Boleh Ubah Warna, Harga RM16.9k!

Yamaha Augur 155 (2023) Ada Ciri Lampu Miring, Siap Boleh Ubah Warna, Harga RM16.9k!

December 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA mengumumkan ketibaan skuter baharu, Yamaha Augur berkapasiti 155cc ke pasaran Taiwan.

Skuter tersebut menampilkan rekabentuk menarik, dan teknologi baharu, tetapi menggunakan trenkuasa sama seperti model skuter Yamaha terdahulu.

APA YANG MENARIK

  • Augur ialah skuter pertama dilengkapi teknologi lampu pencahayaan belok dalam kelas 155cc, dipanggil Yamaha Lean Light Assist (YLLA), atau Bantuan Lampu Miring Yamaha.
  • Suluhan lampu utama LED boleh ditukar mengikut beza suhu dan dibuat mengikut kesesuaian persekitaran semasa tunggangan. Ada dua warna disediakan, putih (cool light) atau kuning (warm light).
  • Panel meter digital TFT 4.3 inci berwarna penuh dengan paparan navigasi pandu arah (turn-by-turn) menerusi sambungan telefon pintar.
  • Menggunakan kunci pintar dan dilengkapi soket pengecas pantas USB 3.0.

WARNA DAN HARGA

  • Ada tiga pilihan warna: biru gelap, hitam dan kelabu. Harga bermula serendah 118,000 TWD (RM17,000)

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC Bluecore penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).
  • Transmisi automatik CVT. Tiada data kuasa dikongsi tetapi enjin itu dikatakan sama seperti  Yamaha NMAX 155 dan Yamaha X Force.
  • Sistem brek cakera tunggal 267mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan cakera 230mm dengan kaliper tunggal (belakang), serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan teknologi Kawalan Traksi.
  • Rim aloi 13 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 130/70 (belakang).
  • Dimensi panjang 1,920mm, lebar 760mm, tinggi 1,120mm, dan jarak roda 1,340mm.
  • Tinggi pelana 815mm. Berat 132kg.
  • Kapasiti tangki minyak 6.1 liter.
  • Ada sambungan aplikasi Y-Connect

SUMBER: Young Machine

Related

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, roda2, Skuter 155cc, Yamaha Augur 155, Yamaha Lean Light Assist, Yamaha Taiwan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my