• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Mudah Kalau Nak Cas Bateri Skuter Elektrik di Rumah

Bukan Mudah Kalau Nak Cas Bateri Skuter Elektrik di Rumah

December 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ALVA One sudah dilancarkan di pasaran Indonesia dan skuter elektrik itu menjadi pilihan terbaharu untuk pelanggan yang kurang tertarik menunggang skuter petrol seperti Yamaha NMAX dan Honda PCX 160.

Seperti diketahui, penggunaan skuter elektrik melibatkan kerja-kerja pengecasan bateri. Kelebihannya, tidak perlu berkunjung ke stesen minyak untuk mendapatkan sumber fosil sebagai tenaga penggerak.

Persoalan sekarang, adakah mudah mengecas skuter elektrik? Wartawan Kompas sudah berbuat demikian dan berkongsi pengalamannya dalam satu laporan baru-baru ini.

Alva One menggunakna bateri litium berkapasiti 60 V 45 A (2.7 kWh). Beratnya 18kg dan memiliki perlindungan yang baik serta dilengkapi penarafan perlindungan IP65 untuk habuk serta percikan air.

Untuk mengecas bateri atau kuasa diperlukan, skuter itu menggunakan spesifikasi 70.5 V 15 A (1.1 kW). Masa mengecas pula sekitar 4 jam dengan kadar kuasa minimum 1,300kWh di rumah.

Masa mengecas bateri di rumah dari kadar kapasiti 58 peratus hingga penuh mengambil masa dua jam. Cumanya, timbul satu masalah iaitu pengguna tidak boleh mengecas peranti lain semasa mengecas bateri skuter.

Semua peranti elektronik yang dihubungkan dengan soket perlu ditanggalkan. Tujuannya untuk memastikan kadar voltan adalah mencukupi atau lebih tinggi dari had minimum.

Kadar minimum 1,300kWh agak mencabar kerana sebarang penurunan arus elektrik akan mencetuskan gangguan pengecasan. Semasa mengecas pada waktu malam, meter elektrik ‘tertendang’ disebabkan tidak cukup arus atau voltan elektrik.

Maka, wartawan Kompas terpaksa mengecas pada waktu subuh pada ketika hari semakin cerah dan mematikan semua peranti elektronik dan pekakas elektrik, menanggalkan semua plak dan menutup soket.

Ini termasuk mematikan penyaman udara, peti ais (masih kosong) dan semua lampu yang tidak digunakan. Bagaimanapun, mesin basuh digunakan pada ketika itu tidak menjejaskan proses mengecas bateri.

Ada dua cara mengecas bateri Alva One ialah menyambung terus kabel pada kenderaan atau mengeluarkan pek bateri untuk dicaj secara berasingan.

Wartawan Kompas menggunakan pendekatan kedua. Pengecasan di rumah sendiri tiada masalah. Bagaimanapun, bateri itu tidak boleh dicaj jika menggunakan kabel bersaiz lebih kecil.

Bateri Alva One ada lima indikator lampu dengan setiap satu lampu indikator mewakili 20 peratus. Arus elektrik mengecas bateri akan disekat apabila kapasiti bateri sudah penuh (ada cut off)

Ini memberi ketenangan kepada pemilik kerana umum diketahui, pek bateri litium ion jika dicaj secara berlebihan akan menyebabkan bateri mengembang dan bocor macam telefon bimbit.

SUMBER: Kompas

Related

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Alva One, autoterkini, roda2, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my