• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli Kereta Elektrik Indonesia Keluaran Kilang Tempatan Dapat Subsidi Lebih RM22k!

Pembeli Kereta Elektrik Indonesia Keluaran Kilang Tempatan Dapat Subsidi Lebih RM22k!

December 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDONESIA baru saja mengumumkan grid subsidi untuk pembelian kenderaan elektrik (EV) membabitkan motosikal dan kereta elektrik yang akan dijual bermula tahun depan.

Perkara itu diumumkan Menteri Industri, Agus Gumiwang Kartasasmita di Brussels, Belgium semalam dalam rakaman video di YouTube. Beliau berkata;

Kita akan kira nilai subsidi tapi dianggarkan Rp80 juta (RM22,570) akan diberi untuk pembelian kereta elektrik, Rp40 juta (RM11,285) untuk model elektrik-hibrid dan kira-kira Rp8 juta (RM2,260) untuk motosikal elektrik, manakala motosikal konversi pula Rp5 juta (RM1,410)."

BACA >>> Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan
BACA >>> Indonesia Umum Subsidi Motosikal Elektrik, Dapat Insentif RM1.8k!

Agus berkata, Kerajaan dan Presiden kini di peringkat akhir membuat pengiraan subsidi untuk pembelian kereta dan motosikal elektrik, yang mana inisiatif subsidi itu menetapkan hanya untuk kenderaan dihasilkan kilang di Indonesia.

Beliau berkata;

Insentif akan diberi kepada pembeli yang membeli kereta atau motosikal elektrik yang ada kilang di Indonesia."

Agus mendedahkan pemberian subsidi itu akan membawa empat manfaat kepada republik itu, iaitu:

  • Indonesia memiliki sumber nikel terbesar dunia. Nikel ialah bahan mentah dalam pembuatan bateri.
  • Lebih banyak EV bermakna subsidi untuk kenderaan berasaskan petrol dan diesel berkurangan.
  • Dapat menarik minat pengeluar kereta dan motosikal melabur di Indonesia.
  • Membantu komuniti global mengurangkan emisi karbon.

Selain itu, pemberian subsidi diberikan adalah mencontohi apa inisiatif dilakukan banyak negara Eropah. Indonesia juga meletakkan sasaran bebas emisi menjelang 2060.

BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia
BACA >>> Hyundai Asia Pasifik Tutup di Malaysia! Pindah, Buka Kilang RM6.25 Bilion di Indonesia
BACA >>> Jenama Motosikal EV Premium, Energica Akan Masuk Indonesia!

SUMBER: Carmudi

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agus Gumiwang Kartasasmita, Auto Terkini, EV, Indonesia, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Subsidi EV Indonesia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev