BAGI merangsang penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan rakyat, Kerajaan Indonesia bersetuju memberikan insentif bernilai Rp8 juta (RM2,260) kepada pembeli motosikal elektrik.
Menteri Perindustrian Republik Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita berkata, motosikal elektrik baharu akan diberikan insentif sekitar Rp8 juta, manakala motosikal yang diubah suai kepada elektrik akan diberikan insentif sekitar Rp5 juta (RM1,410).
BACA >>> Wuling Air EV (2022) Jadi Fenomena di Indonesia, 3,000 Unit Terjual dalam Masa Dua Bulan
BACA >>> Piaggio Buka Kilang di Indonesia, Kedua di Asean Selepas Vietnam
Menurutnya, Kerajaan menetapkan subsidi diberikan kepada kenderaan keluaran syarikat di Indonesia, atau motosikal yang sudah dikeluarkan secara lokal. Sebaliknya, tiada perincian mengenai EV berstatus import (CBU).
Insentif diberikan kepada pembeli yang membeli kereta atau motosikal listrik yang ada syarikat di Indonesia," katanya.
Jika diteliti, sebenarnya belum banyak pengeluar dua roda yang memperkenalkan motosikal elektrik di republik itu. Bagaimanapun, insentif diberikan mampu merangsang minat syarikat tempatan memasarkan produk motosikal elektrik.
Malah buat masa ini, ada banyak penyedia bateri motosikal elektrik menawarkan motosikal dengan bateri mudah alih yang boleh ditanggalkan. Bayaran pula sekitar Rp300,000 (RM85) sebulan yang mana pemilik bebas menukar bateri motosikal mereka selagi masih dalam langganan.
Ketika ini, beberapa motosikal elektrik sudah rasmi dilancarkan dan dijual di Indonesia dengan pelbagai harga dan ciri. Antaranya Gesits G1, Rp28 juta (RM7,900), Alva One Rp34.9 juta (RM9,840), Niu Gova 03 Rp23.8 juta (RM6,710), Volta Virgo Rp15.4 juta (RM4,340), Selis E-Max Rp28 juta (RM7,900), Viar Q1 Rp8 juta (RM2,260), United T1800 Rp27.5 juta-Rp34.2 juta (RM7,760-RM9,650), dan ECGO-2 Rp11 juta (RM3,100).
BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
BACA >>> Toyota Rancang Labur RM8 Bilion untuk Hasilkan EV di Indonesia
SUMBER: Kompas
Leave a Reply