• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Pemain Muda Terkaya Dunia, Koleksi Kenderaan Mbappe Ini Mengejutkan

#TahukahAnda: Pemain Muda Terkaya Dunia, Koleksi Kenderaan Mbappe Ini Mengejutkan

December 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KYLIAN Mbappe menjadi pemain Perancis paling muda menjaringkan gol pada Piala Dunia FIFA 2018 lalu, dan tahun ini meneruskan rentak dengan meledakkan lima gol dalam kejuaraan dunia itu setakat aksi menentang Maghribi, awal pagi tadi.

Jumlah jaringan itu juga menyamai jaringan bintang Argentina, Lionel Messi yang meletakkan kedua-duanya sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2022 di Qatar setakat ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Koleksi Kereta Messi Bernilai RM260j!
BACA >>> 500k Unit Volkswagen ID. Dijual Seluruh Dunia, ID.4 Bakal Tiba di Malaysia!

Mbappe sudah melanjutkan kontrak bersama Paris Saint-German (PSG) hingga  2025 bernilai kira-kira AS$120 juta (RM529 juta) dengan gaji bulanan AS$4.84 juta (RM21.3 juta), sekali gus menjadikan dia pemain berusia 23 tahun dengan bayaran gaji tertinggi dunia. Mari lihat koleksi kenderaan dimiliki pemain Perancis itu:

Volkswagen Tiguan
Volkswagen Tiguan Allspace Elegance (2022) - 1
Volkswagen Tiguan Allspace Elegance (2022) - 7
  • Kenderaan utiliti sukan (SUV) 5-kerusi dengan ruang but luas ini sesuai membawa rakan atau ahli keluarga ke mana-mana.
  • Model ini sebenarnya jarang menarik perhatian pemain bola sepak berstatus jutawan yang cenderung memilih model sport dan SUV mewah.
  • Ada banyak pilihan trenkuasa ditawarkan,  sama ada petrol, diesel dan juga hibrid plug-in (PHEV). Harga bermula AS$30,000 (RM132,195). Varian prestasi Volkswagen Tiguan R dijual sekitar AS$62,000 (RM273,200).
Volkswagen Touareg
volkswagen-touareg-r-phev-interior
volkswagen-touareg-r-phev-1
  • Lebih mahal daripada Volkswagen Tiguan, tetapi masih berkapasiti 5-kerusi.
  • Harga bermula AS$61,000 (RM268,800) dengan dua varian enjin diesel (3.0L V6 dan 4.0L V8 turbo kembar), dua varian petrol (2.0L L4 dan 3.0L V6), dan varian PHEV 3.0L. Semua model mengggunakan transmisi automatik.
Volkswagen Multivan
volkswagen-multivan
volkswagen-multivan-interior
  • Kenderaan pelbagai guna (MPV) dijana enjin 4-silinder turbo dengan transmisi dual-klac (DCT), manakala harga sekitar AS$60,000 (RM264,350).
Volkswagen ID.5
volkswagen-id.5-1
volkswagen-id.5
  • Model kenderaan elektrik (EV) ini ditawarkan dalam tiga varian: Pro, Pro Performance dan GTX pada harga bermula AS$58,100 (RM255,980).
Mercedes-Benz V-Class
mercedes-benz-v-class
mercedes-benz-v-class-interior
  • Model ini mampu membawa tujuh penumpang dengan dilengkapi pelbagai ciri premium, dan berharga AS$52,600 (RM231,745).

Ada juga khabar mengatakan Mbappe turut memiliki beberapa kereta lain berjenama Audi, BMW, Range Rover dan Ferrari, tetapi tidak didedahkan kepada umum. Mungkinkah Ferrari SF90 Stradale dan 488 Pista?

Tetapi tahukah anda Mbappe sebenarnya tiada lesen memandu. Alasan diberi, dia tidak cukup masa menghadiri kelas memandu, apatah lagi menjalani ujian dan mengambil lesen sah. Hmmm....

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kylian Mbappé (@k.mbappe)

SUMBER: AutoEvolution

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, kereta pemain bola sepak, Kylian Mbappé, Perancis, Piala Dunia 2022 Qatar, Piala Dunia Qatar 2022, Roda4, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev