• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ferrari 488 Pista Spider Versi Drop-Top yang Lebih Ringan dan Laju

Ferrari 488 Pista Spider Versi Drop-Top yang Lebih Ringan dan Laju

August 28, 2018 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


FERRARI 488 Pista Spider melakukan debut di depan pengunjung Concours d’Elegance 2018 di Pebble Beach. Model versi trek terlebih dahulu diperkenalkan pada awal tahun ini, sebelum timbul spekulasi pengeluar Itali itu sedang menyiapkan versi konvertibel.

488 Pista Spider mengekalkan semua perkakasan penting daripada bumbung keras (hardtop), termasuk enjin V8 pengecas turbo berkuasa 710hp, transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan kit aero untuk impak daya bawah (downforce). Menariknya model ini turut menawarkan bahagian gentian karbon sebagai opsyen untuk mengurangkan sedikit berat jentera berbanding versi bumbung tetap.

BACA >>> Enjin Ferrari V8 3.9L Turbo Rangkul Anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik 2018

Dari segi prestasi, supercar ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 2.85 saat, dan 0-200kmj sepantas 8 saat dengan kelajuan maksimum 340kmj. Memang cukup laju!

Menurut Ferrari, 488 Pista Spider ialah model drop-top ke-50 dan debut di Amerika Syarikat (AS) ialah ritual biasa dilakukan pengeluar Itali itu sejak 1950-an kerana pasaran Amerika Utara memiliki ramai peminat supercar konvertibel. Tiada harga didedahkan, tetapi apa yang pasti, ia cukup mahal kerana tampil lebih eksklusif berbanding model biasa.

GALERI

SUMBER: AutoGuide

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bumbung Terbuka, Drop-Top, Ferrari, Ferrari 488 Pista Spider \, Konvertibel, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my