• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Benarkah Skuter Lebih Mudah Terbabas, Kemalangan Jika Turun Bukit?

#TahukahAnda: Benarkah Skuter Lebih Mudah Terbabas, Kemalangan Jika Turun Bukit?

December 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, penunggang skuter lebih berisiko kemalangan ketika menunggang di laluan berbukit berbanding motosikal lain sama ada jenis kapcai, atau sportbike. Kenapa?

Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan (KNKT), iaitu agensi keselamatan di Indonesia yang bertanggungjawab menyiasat kes kemalangan di negara itu berkata, jalan raya yang melandai turun adalah antara punca penunggang skuter terlibat kemalangan, selain bas dan lori.

BACA >>> Aksi Makcik Skuter Selamba Rempuh Mat Rempit
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Pad Brek Skuter Boleh Haus Sebelah, atau Tidak Rata?

Penyiasat Kanan KNKT, Achmad Wildan berkata, jalan raya melandai turun adalah antara punca menyebabkan pengguna skuter terlibat dalam kemalangan, selain bas dan lori.

Ketika lawatan di Surabaya, kami menemui tiga insiden hampir sama, iaitu brek gagal berfungsi pada motosikal automatik (skuter) di jalan menuruni bukit. Semua kes itu berlaku dalam masa sehari."

Menurutnya, mekanisme enjin skuter menyukar penunggang memanfaatkan brek enjin (engine braking). Ini kerana ketika terotel dilepaskan sepenuhnya, kondisi transmisi skuter akan kembali kepada posisi neutral.

Ramai penunggang skuter akan mengurangkan perahan terotal ketika menunggang turun bukit supaya enjin berada dalam keadaan lahu (idle). Situasi itu sangat berbahaya kerana skuter akan bergerak lebih laju disebabkan faktor graviti.

"Jadi bagi mengekalkan transmisi skuter seperti dalam gear rendah, penunggang perlu pulas sedikit terotel. Jika langsung tidak pulas, transmisi automatik akan jadi neutral dan penunggang bergantung sepenuhnya kepada kawalan brek utama, tanpa brek enjin.

"Itu membuatkan pad brek jadi panas kerana digunakan berterusan, sekali gus menyebabkan brek gagal berfungsi, brek haus atau simptom vapor lock," katanya.

Justeru Achmad menyatakan, skuter atau motosikal automatik tidak digalakkan ditunggang di laluan panjang menuruni bukit.

Di Indonesia, berbeza polis, tugas KNKT bukanlah menyiasat untuk mencari punca kesalahan pengguna jalan raya, tetapi merungkai punca kemalangan dan cara pencegahan. Peranan KNKT bolehlah disamakan dengan apa dilakukan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Penunggang skuter adalah kumpulan pengguna motosikal terbanyak di Indonesia.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Panik Jika Terotel Motor Sangkut Tiba-Tiba, Ikut Saja Tip Ini...
BACA >>> Tangan Tersangkut Celah Brek Tangan, Wanita Minta Bantuan Bomba

SUMBER: Kompas

Related

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Achmad Wildan, autoterkini, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), roda2, Suruhanjaya Kebangsaan Keselamatan Pengangkutan (KNKT), tahukah anda, Tip Auto, tip automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my