• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorenzo: Pelumba MotoGP Sekarang Tak Ada Personaliti

Lorenzo: Pelumba MotoGP Sekarang Tak Ada Personaliti

December 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JORGE Lorenzo berkongsi cerita mengenai hubungannya dengan bekas rakan sepasukan yang juga seterunya, Valentino Rossi, dan membandingkan dengan bintang MotoGP hari ini.

Lorenzo dan Rossi ialah rakan sepasukan di Yamaha, tetapi saling bersaing satu sama lain. Malah di padok Yamaha, ada tembok pemisah antara dua pelumba itu yang bertujuan melindungi data masing-masing walaupun dalam pasukan sama.

BACA >>> Lorenzo Jawab 11 Soalan: Rossi Paling Konsisten, Marquez Paling Agresif
BACA >>> Lorenzo Mahu Lupakan Kisah Sepang 2015, Akui Tidak Bermusuh dengan Rossi

Dua pelumba itu merangkul 10 kejuaraan dalam kelas premier dengan beraksi sengit sesama mereka. Beritahu Lorenzo kepada portal permotoran DAZN;

Hubungan aku dan Rossi sekarang dah jadi lebih baik. Sebelum ni, kita orang macam dua ayam jantan dalam sangkar sama. Bila dia pindah pergi Ducati, hubungan bertambah baik tapi bila dia masuk balik Yamaha, makin buruk jadinya.

“Tahun demi tahun berlalu dan dia makin OK. Sekarang, situasinya berbeza."

Lorenzo, 35, dan Rossi, 43, masing-masing sudah meninggalkan trek MotoGP dengan menyertai perlumbaan empat roda. Lorenzo berkata;

Sekarang, kita orang bersaing dalam kejuaraan berbeza. Dia menunjukkan kemajuan agak pantas. Mungkin mimpi jadi nyata. Tak ada benda mustahil dalam hidup."

Persaingan Lorenzo dan Rossi turut mengheret Marc Marquez yang mana The Doc pernah menuduh pelumba Honda itu sengaja membantu Lorenzo muncul juara dunia 2015.

Kini, pesaing utama MotoGP seperti Francesco Bagnaia dan Fabio Quartararo menunjukkan semangat persaingan yang saling hormat-menghormati.

Lorenzo berkata;

Secara perlahan-lahan, pelumba dominan yang ada personaliti istimewa perlu bersara. Apa yang pasti, Valentino Rossi salah seorangnya dan ada beberapa lagi.

"Orang sudah biasa dengan pelumba baharu. Fabio Quartararo dan Pecco Bagnaia tak ada personaliti kuat macam kita orang zaman dulu-dulu."

SUMBER: Crash

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jorge Lorenzo, Marc Marquez, MotoGP, sukan permotoran, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my