VOLVO Car Malaysia (VCM) meluaskan tawaran segmen kenderaan elektrik (EV) menerusi pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik gaya coupe Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM288,888.
Menariknya, model SUV EVi tu ialah produk pemasangan tempatan (CKD) elektrik kedua selepas Volvo XC40 Recharge Pure (2022) Electric yang diperkenalkan 5 April lalu.
BACA >>> Volvo XC40 Recharge Pure Electric (2022) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga Mula RM262k!
BACA >>> Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Model EV Penuh CKD Pertama Malaysia
Pengarah Urusan VCM, Charles Frump berkata
Volvo Car Malaysia komited dengan cita-cita mampan dan berada di landasan tepat menjadi pengeluar kereta elektrik penuh menjelang 2030 serta meletakkan sasaran 75 peratus jualan dari rangkaian produk Recharge Pure Electric pada 2025.”
WARNA
- Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) ditawarkan dalam lima pilihan warna: Crystal White (putih), Black Stone (hitam), Silver Dawn (perak), Sage Green (hijau) dan Fjord Blue (biru).
JARAK PEMANDUAN
- Dijana trenkuasa elektrik penuh berkuasa 408hp dan tork 660Nm, dengan pecutan 0-100kmj sepantas 4.7 saat.
- Lebih pantas daripada Volvo XC40 Recharge Pure Electric kerana menggunakan dua spoiler (atas dan bawah belakang) dan rekabentuk badan aerodinamik.
- Jarak pemanduan untuk sekali cas penuh lebih 450km, manakala tempoh mengecas pantas cuma 28 minit untuk kapasiti bateri 80 peratus.
TEMPOH JAMINAN
Setiap pembelian dipakejkan bersama:
- Waranti kenderaan 5 tahun.
- Waranti bateri 8 tahun, atau jarak perbatuan 160,000km (mana satu tiba dulu).
- Bantuan jalanan Volvo on Call 5 tahun.
- Volvo Service Included (VSI) 5 tahun, atau 100,000km (mana satu tiba dulu).
- Servis Digital 4 tahun.
- Kabel pengecas.
Pelanggan boleh membuat tempahan bermula hari ini (14 Disember 2022), jam 8 malam. Jika mahu melihat lebih dekat, SUV EV itu akan berada di bilik pameran pengedar rasmi Volvo bermula esok.
MOTIF TEMPAHAN ONLINE
- Platform Jualan Online (Online Sales) diperkenalkan VCM untuk memudahkan pelanggan membuat pembelian secara atas talian selain menjamin keselamatan bayaran.
- Paparan harga lebih jelas secara terus kepada pelanggan.
- Pengguna boleh mengetahui status stok sedia ada.
- Memudahkan proses tempahan kenderaan.
VOLVO EX90
VCM juga memberi bayangan mengenai model bakal tiba, Volvo EX90, iaitu SUV 7-kerusi.
BACA >>> Volvo Guna Radar untuk Kesan Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta
BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Volvo Masih Tuntut Hutang daripada Korea Utara Sejak 70-an?
BACA >>> Kerusi Volvo Paling Selamat! Dapat Pengiktirafan Persatuan Kiropraktik Amerika
Leave a Reply