• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marquez: Kemalangan di Mandalika Paling Teruk, Rasa Macam Tak Mahu Berlumba Lagi

Marquez: Kemalangan di Mandalika Paling Teruk, Rasa Macam Tak Mahu Berlumba Lagi

December 13, 2022 By Aryon Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MARC Marquez mengakui kemalangan di Litar Mandalika adalah paling teruk dihadapinya sepanjang karier Kejuaraan Dunia MotoGP.

Pada aksi GP Indonesia awal tahun ini, pelumba Repsol Honda itu terhempas selepas melambung tinggi, sekali gus menjadi kemalangan keempat, juga paling buruk hingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan lengan yang serius.

Indonesia? Aku cuma ingat sebelum eksiden. Tapi mula dari aku gerak hingga aku sampai kat dalam petak, aku dah tak ingat apa-apa. Sebabnya, aku pengsan.

"Aku ingat aku ada tayar belakang baru. Aku masuk corner dengan kurang tekanan tayar depan, dan kelajuan yang sama. Aku brek tayar belakang dan terus terapung. Agresif betul cara aku buat come back masa tu."

"Biasanya kau boleh terselamat dan elak kemalangan, terutama kalau kau guna tayar terpakai. Dengan tayar terpakai, atau kurang grip, kau ada amaran, kau boleh rasa slide tayar belakang atau depan, dan boleh mainkan badan atas motor.

"Bila tayar baru pula, grip lebih keras, semua jadi lebih reaktif. Biasanya bila kau hilang kawalan dengan tayar baru, kau akan eksiden."

Apabila ditanya situasi yang beliau rasakan selepas kemalangan itu, Marquez menjawab;

Kita manusia, kau rasa macam tak nak ride lagi. Kemudian, kau rasa berlumba tu kau punya profesion, bukan lagi passion (semangat). Kemudian bila kau rasa selamat, barulah kau yakin nak ride balik, dan sikit demi sikit mula bina balik keyakinan dengan motor."

Gaya tunggangan ekstrem Marquez membantu pelumba Sepanyol itu meraih lapan kejuaraan MotoGP, tetapi pada masa sama menjadi punca beliau terlibat dengan beberapa siri kemalangan, daripada patah lengan hingga diplopia, iaitu masalah penglihatan berganda.

Marquez tidak menang sebarang perlumbaan sepanjang 2022, tetapi menunjukkan peningkatan di penghujung musim apabila meraih petak pole di GP Jepun dan mendapat podium di Australia. Adakah beliau dapat meraih kejuaraan kesembilan musim depan untuk menyamai pencapaian diraih legenda MotoGP, Valentino Rossi?

BACA >>> Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Harga Sebuah Jentera MotoGP?

SUMBER: Crash.net

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, GP Indonesia, Kejuaraan Dunia MotoGP, Marc Marguez, MM93, MotoGP 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev