• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Loncin Masuk Pasaran Motosikal Elektrik Menerusi Bicose Real 5T (2023)

Loncin Masuk Pasaran Motosikal Elektrik Menerusi Bicose Real 5T (2023)

December 13, 2022 By Aryon Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND mobiliti elektrik semakin berkembang yang bukan saja kenderaan empat roda, tetapi juga dua roda. Terbaharu, salah satu pengeluar motosikal terbesar dari China, Loncin turut membangunkan model elektrik menerusi perkongsian dengan BMW.

Loncin sebenarnya sudah terlibat dalam pembuatan enjin sejak pelancaran BMW F 850 dan BMW F 900. Malah di pasaran Eropah, Loncin menguatkan kehadirannya menerusi subjenama premium, Voge.

BACA >>> Ni Hsin EV Tech Lancar Dua Skuter Elektrik untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM9k!

Kini pengeluar itu memperkenalkan subjenama baharu yang menumpukan penghasilan model elektrik penuh, iaitu Bicose. Model pertama diperkenalkan ialah skuter elektrik, Bicose Real 5T yang bakal menjengah pasaran Eropah. Bagaimanapun, maklumat harga dan masa pelancaran belum lagi didedahkan.

Skuter elektrik ini tampil dengan prestasi setanding enjin 125cc yang cukup popular kepada penunggang muda, dan baru kerana menawarkan aspek praktikaliti, versatiliti dan mudah ditunggang. Berikut spesifikasi Bicose Real 5T:

skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-1
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-2
  • Motor elektrik dipasangkan di tengah casis dan kuasa dihantar ke roda belakang meneruso tali sawat pacu.
  • Menghasilkan output kuasa 15hp dan tork 389Nm, manakala kelajuan maksimum 115kmj.
  • Menggunakan dua bateri litium-ion 27Ah 89V jenis kekal yang dipasangkan bawah frem. Posisi ini memberikan kestabilan tunggangan kerana memiliki pusat graviti (CoG) rendah.
  • Cas penuh mampu ditunggang sejauh 240km.
  • Turut dilengkapi pengecas 1.84kW yang serasi soket CCS Type 2 dengan tempoh cas 0-80 peratus mengambil masa dua jam.
  • Ciri lain diberikan ialah tiga mod tunggang, kawalan traksi, lampu amaran automati, dan gear undur untuk memudahkan parkir di kawasan sempit. Juga disediaka port pengecas  terbina dalam untuk mengecas peranti pintar.

BACA >>> Loncin Voge 300 DS (2021) Lancar di Perancis, Harga RM21.5k
BACA >>> Loncin GP300 - 'Ducati Panigale Mini' Terbaharu dari China

skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-1
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-2
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-4
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-5
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-3
skuter-elektrik-bicose-real-5t-2023-6

 

 

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bicose Real 5T (2023), Loncin, roda2, skuter, skuter elektrik, Skuter EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev