• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anthony Arah Gantung Operasi Syarikat Lori Punca Ibu Hamil Parah, Bayi dalam Kandungan Maut

Anthony Arah Gantung Operasi Syarikat Lori Punca Ibu Hamil Parah, Bayi dalam Kandungan Maut

December 13, 2022 By Shawkath Leave a Comment

917
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan akan menggantung sementara permit operasi syarikat lori berikutan satu kemalangan yang menyebabkan bayi dalam kandungan seorang wanita hamil di KM69 Lebuhraya Timur Barat dekat Gerik, Perak pada 29 Oktober lalu.

Arahan tersebut dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan beliau sendiri mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjalankan audit terhadap semua lori milik syarikat tersebut.

Beliau menegaskan;

Saya tidak akan berkompromi dengan pemandu dan syarikat yang membahayakan orang ramai atas jalan raya.

"Saya rasa amat simpati dengan keluarga mangsa kemalangan ini yang kehilangan bayi sulung mereka. Salam takziah kepada keluarga."

VIDEO TULAR

Beberapa hari lalu, tular satu video kemalangan membabitkan lori dipercayai terlebih muatan merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan di kawasan selekoh. Selain rakaman video, luahan hati mangsa yang juga ketua keluarga menyentuh hati ramai pihak hingga ada meminta Anthony campur tangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, insiden itu adalah kejadian lama yang berlaku pada 29 Oktober lalu.

Menurutnya, insiden itu berlaku kira-kira jam 11 pagi membabitkan treler membawa muatan siling dan tiga kenderaan lain. Kemalangan juga menyebabkan seorang mangsa wanita berumur 31 tahun parah dan beberapa mangsa lain cedera ringan.

Muatan lori tersebut didapati terjatuh dan menimpa kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester yang dinaiki mangsa wanita, manakala pemandunya, lelaki berumur 29 tahun tidak cedera. Isterinya kemudian dirujuk ke Hospital Tanah Merah, Kelantan.

PEMANDU TRELER

Pemandu treler ialah lelaki berumur 47 tahun dan ditahan pada hari sama ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang dekat Jeli, Kelantan. Suspek juga dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

UAC BERHAD KELUAR KENYATAAN

Sebentar tadi, sebuah syarikat mengeluarkan kenyataan akhbar menerusi Facebook, dipercayai berkaitan kes tersebut .

SUMBER: NST | Harian Metro | UAC

Related

917
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat, Anthony Loke, Jabatan Pengangkutan Jalan, Zulkifli Mahmood

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev