• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pemenang Nissan Beli 1 Menang 1 Diumumkan

BERITA AUTO: Pemenang Nissan Beli 1 Menang 1 Diumumkan

November 21, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Nissan Vehicles Line UpEDARAN Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan senarai pemenang bagi kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ bersempena meraikan ulang tahun Tan Chong dan kemerdekaan negara yang ke-57.

Raziff Suairi Shabaa, Kelvin Ong Wei Chong, Aidasuzana Md Arshad, Arnizah Kasbulah, On Keur Li dan Luhat Jok adalah antara pemenang bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai lebih RM888,888.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober 2014, pelanggan yang membeli kenderaan Nissan layak menyertainya. Pelanggan bertuah akan membawa pulang sebuah lagi model Nissan. Antara hadiah ditawarkan adalah seperti Teana, Sylphy, Serena S-Hybrid dan banyak lagi sedia untuk dimenangi.

Raziff yang membeli model Teana 2.5XV berjaya membawa pulang Nissan Serena S-Hybrid manakala Kelvin pula memenangi Sylphy 1.8E selepas membeli Almera.

Aidasuzana yang membeli Nissan Grand Livina 1.6L memandu pulang Serena S-Hybrid. Sementara itu, Arnizah dan Keur Li pula masing-masing membawa pulang Nissan Teana 2.0XE dan 2.5XV. Manakala pemenang terakhir Luhat pula membawa pulang Nissan Sylphy 1.8E.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, kempen tersebut menerima maklum balas memberangsangkan dan menerusi kempen ini memberi peluang pelanggan setia memenangi model-model terlaris Nissan.

Maklumat lanjut berkaitan promosi dan kempen, anda boleh kunjungi mana-mana bilik pameran Nissan seluruh negara atau layari https://www.nissan.com.my.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aidasuzana Md Arshad, Arnizah Kasbulah, Kelvin Ong Wei Chong, Luhat Jok, Nissan Serena S-Hybrid, Nissan Sylphy, Nissan Teana, On Keur Li, Pemenang Nissan Beli 1 Menang 1 Diumumkan, Pemenang The Great Nissan Buy 1 Win 1 Diumumkan, Raziff Suairi Shabaa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev