• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CEO Ducati: "Memang Rossi Jejaskan Imej Kami"

CEO Ducati: "Memang Rossi Jejaskan Imej Kami"

December 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Claudio Domenicali mendakwa tahun malang Valentino Rossi dalam MotoGP sebenarnya turut memburukkan imej Ducati.

Rossi ketika itu gagal menambah jumlah kejuaraan GP selepas meninggalkan Yamaha untuk menyertai kem Ducati sepanjang dua musim antara 2011 dan 2o12.

BACA >>> Rossi: "Ducati Nak Aku Tolong Test Prototaip 2023 untuk Pecco"
BACA >>> Lorenzo Teringin Nak Tengok Rossi 'Last Trial' dengan Ducati
BACA >>> Rossi Sah Bersara!

The Doctor kemudian menyertai semula pasukan Yamaha, tetapi masih gagal mengungguli MotoGP sehingga beliau memilih untuk bersara. Ducati pula semakin malap dalam MotoGP hingga Francesco Bagnaia (Pecco) muncul juara musim lalu, sekali gus menamatkan penantian selama 15 tahun diharungi pasukan pengilang tersebut.

Domenicali berkata;

Kami gagal urus, jadi kami terima akibat.

"Apabila deme ambil rider paling popular di Itali yang muncul juara dunia sembilan kali, tapi deme tak mampu capai kemenangan, deme sebenarnya dah jejaskan imej sendiri.

"Aku jadi CEO pada 2013 (ketika Rossi tinggalkan Ducati), dan aku kena buat satu persatu. Ketika itu, deme cuma boleh kembali kerja dan buat balik semula."

Beliau mengakui nasib malang Ducati menampakkan perubahan dengan ketibaan Gigi Dall’Igna pada 2014. Menurutnya;

Selama dua tahun kami kerja keras untuk bawa perubahan."

Pada MotoGP 2023 nanti, Pecco akan bergandingan dengan Enea Bastianini dalam pasukan pengilang Ducati, manakala Jack Miller berhijrah ke kem KTM, dan Jorge Martin pula kekal bersama pasukan satelit, Pramac Ducati.

BACA >>> Ducati Gari Ketua Mekanik Jack Miller, Siap Usung Hantar ke Garaj KTM Racing
BACA >>> Sah! Jack Miller Tanda Tangan Kontrak MotoGP 2 Tahun dengan KTM
BACA >>> Yamaha Mula Cari Pasukan Satelit MotoGP, Debut 2024?

SUMBER: Crash

Related

325
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Claudio Domenicali, Gigi Dall'Igna, MotoGP, Pramac Ducati, roda2, The Doctor, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my