BERITA meengenai Petronas pernah menghasilkan enjin sendiri dinamakan E01 bukan berita asing bagi kalangan peminat automotif tempatan.
Bagaimanapun, hari ini kemungkinan besar sebahagian besar rakyat Malaysia sudah lupa ataupun tidak tahu langsung mengenai kewujudan enjin tersebut, melainkan mengikuti rapat perkembangan sejarah automotif negara.
BACA >>> Petronas Taja Pasukan TVS Racing untuk Sertai Kejuaraan Lumba Motosikal Seluruh India
BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15
Mengimbau kembali Mac 1997, Petronas E01 yang kemudian dikenali sebagai Proton E01 adalah percubaan pertama negara menghasilkan enjin komersial buatan sendiri menggunakan kejuruteraan tempatan.
Kemajuan teknologi enjin Proton E01 itu mendahului zaman yang dikatakan mampu membawa industri automotif negara ke peringkat lebih tinggi, sekali gus membuktikan kepakaran Malaysia berupaya berentap dengan pesaing lain di peringkat global. Berikut spesifikasi enjin Petronas tersebut:
- Enjin 2.0L berkuasa 204.3ps (201.5hp) @ 7,300rpm, dan tork 203Nm @ 5,300rpm.
- Sebagai perbandingan, enjin Honda K20A menghasilkan kuasa 220ps (216hp) pada rev lebih tinggi (8,000rpm), dan tork hampir sama (200Nm).
- Bagaimanapun, tork maksimum enjin Honda itu dicapai pada rev 7,000rpm, sebaliknya enjin Proton E01 seawal rev 5,300rpm.
Dari segi estetika, enjin Proton E01 mempunyai keunikan tersendiri. Penutup DOHC dihiasi warna korporat Petronas, hitam-hijau, dan ekstraktor dibuat daripada keluli tahan karat digilap. Beberapa ujian juga dibuat pada beberapa model Proton seperti Satria GTI, Putra, Waja dan Perdana.
Malah, sebahagian model itu pernah digunakan sebagai kereta marsyal rasmi dalam acara khas seperti perlumbaan Formula Satu (F1) GP Malaysia.
Malangnya, projek gah itu gagal direalisasikan atas sebab tertentu. Ada laporan mengatakan enjin tersebut dibeli Hyundai, tetapi itu cuma khabar angin semata. Realitinya, enjin ini dibeli syarikat dari China, Nanjing Automobile.
Kemudian, pada Julai 2020 tular hantaran menggemparkan peminat automotif tanah air daripada laman Facebook rumah lelongan tempatan, Pickles Asia Auction yang mahu melelong sebahagian model proton berenjin Petronas E01. Kini segalanya tinggal kenangan.
BACA >>> #ApaNakBuat: Apakah Punca Enjin Turbo Cepat Rosak?
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!
Leave a Reply