• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Innova Zenix (2023) Debut di Malaysia Tahun Depan?

Toyota Innova Zenix (2023) Debut di Malaysia Tahun Depan?

December 6, 2022 By Han Othman 4 Comments

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) bakal memperkenalkan model hibrid kedua jenama itu untuk pasaran Malaysia yang akan menyertai Toyota Corolla Cross Hybrid, tahun depan sebagai sebahagian hala tuju baharu pengeluar tersebut di rantau ini.

Bagaimanapun, UMWT belum mendedahkan lagi model hibrid baharu itu, tetapi ia dijangka Toyota Innova Zenix (2023) yang baru saja debut di Indonesia, bulan lalu.

BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k

Presiden UMWT, Ravindran Kurusamy berkata,  kenderaan hibrid itu bakal menjadi pilihan model paling mampu milik kepada pembeli yang baru hendak berjinak-jinak memiliki kenderaan rendah karbon.

Berikut fakta mengenai Toyota Innova Zenix (2023) versi Indonesia:

  • Dijana trenkuasa hibrid 4-silinder aspirasi natural (NA) Dynamic Force M20A-FXS 2.0L berkuasa 150hp @ 6,000rpm dan tork 187Nm @ 4,400rpm - 5200rpm.
  • Gabungan output motor elektrik dan enjin petrol menghasilkan kuasa setinggi 184hp, manakala transmisi jenis automatik CVT.

  • Generasi ketiga Toyota Innova itu tampil dengan pembaharuan signifikan menerusi binaan frem-tangga (ladder-frame) kepada casis monokok berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-C.
  • Platform baharu ini mengubah binaan asas Toyota Innova daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pacuan roda belakang (RWD), dan enjin longitud, sama seperti Toyota Hilux dan Toyota Fortuner.
  • Memiliki dimensi panjang 4,755mm, lebar 1,850mm dan tinggi 1,795mm dengan jarak tinggi bumi 185mm.
  • Di Indonesia, Toyota Innova Zenix Hybrid (2023) dijual pada harga Rp458 juta (RM128,700) untuk varian G dan Rp522.15 juta (RM146,730), untuk V.

BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?
BACA >>> Indonesia Tayang Model Konsep Toyota Innova EV, Ada Potensi Masuk Malaysia?

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV, Roda4, Toyota, Toyota Innova Zenix (2023), UMW Toyota Motor (UMWT)

Comments

  1. amir hafiz says

    January 31, 2023 at 7:20 PM

    Macam mana nak beli kereta ni , kalau dari malaysia sebab kereta ni dh keluar dekat indonesia

    Reply
    • Azhan O says

      February 3, 2023 at 7:37 PM

      Kena tunggu Toyota Malaysia lancar

      Reply
  2. ketot says

    February 5, 2023 at 4:59 PM

    bila nk msuk Malaysia.....2024 ka

    Reply
  3. Kb says

    February 5, 2023 at 6:51 PM

    Tunggu la bang…..tunggu dah dirasmi dan dilancarkan baru boleh beli

    Tapi kalau lemau mcm innova sblm jugak , mmg kita kutuk habis habisan lg….toyota is ridiculing Malaysians…stupid innova…..overpriced but lemau and lembap

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev