• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Wave RSX Fi 110 (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.9k!

Honda Wave RSX Fi 110 (2023) Lancar di Vietnam, Harga Mula RM3.9k!

December 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam Company (HVN) memperkenalkan kapcai Honda Wave RSX FI 110 (2023) yang ditawarkan dalam tiga varian pada harga bermula 21,688,363 dong (RM3,97o), termasuk cukai 8 peratus.

Kadar cukai nilai tambah (VAT) 8 peratus itu akan dinaikkan kepada 10 peratus selepas 31 Disember ini. Berikut perincian Honda Wave RSX FI 110 (2023):

BACA >>> Honda Wave 110i (2022) Lancar di Thailand dengan 4 Varian, Harga Mula RM4.7k!
BACA >>> Honda RS-X Repsol Edition (2022) Kini di Malaysia, Terhad 5,000 Unit, Harga RM9.9k!

VARIAN

Standard
Honda Wave RSX FI 110 - 3
  • Rim jejari dengan set brek dram depan dan belakang.
  • Warna merah-hitam, manakala suspensi fork di depan dan dwi-absorber belakang berwarna perak.
  • Harga 21,688,363 dong (RM3,970)
Special
Honda Wave RSX FI 110 Special -
  • Rim jejari dengan kombinasi brek cakera di depan dan brek dram di belakang
  • Warna serba hitam dengan dekal emas, manakala suspensi fork (depan) dan dwi-absober (belakang) berwarna perak
  • Harga 23,259,273 dong (RM4,260)
Sports
Honda Wave RSX FI 110 - 2
Honda Wave RSX FI 110 - 1
Honda Wave RSX FI 110 - 0
  • Rim aloi 5-jejari dengan brek cakera (depan), dan dram (roda belakang)
  • Kombinasi warna hitam-putih, hitam-merah dan hitam-biru gelap, manakala dwi absorber belakang dan kaliper brek depan berwarna merah.
  • Harga 25,222,909 dong (RM4,619)

PERINCIAN

  • Skema warna lebih moden, menarik dan menyerlah.
  • Trenkuasa patuh Euro3 4-lejang silinder tunggal 109.2cc penyejukan udara dengan suntikan bahan api (FI), berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 8.7Nm @ 6,000rpm.
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 1
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 0
  • Transmisi klac automatik 4-kelajuan.
  • Penjimatan bahan api 1.7 liter per 100km.
  • Sistem penghidup elektrik dan penendang kaki.
  • Sistem kunci mekanikal 4-dalam-1 dengan fungsi pengatup keselamatan untuk mencegah air memasuki lubang kunci, termasuk akses buka pelana.
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 8
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 4
  • Berat 99kg (rim aloi), 98kg (rim jejari, brek dram), 99kg (rim jejari dan brek cakera)
  • Dimensi panjang 1,921mm, lebar 709mm, tinggi 1,081mm, manakala jarak roda 1,227mm, tinggi pelana 760mm, dan tinggi lega bumi 135mm
  • Kapasiti tangki minyak 4 liter.
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 2
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 5
  • Rim 17 inci dengan tayar 70/90 (depan), dan 80/90 (belakang).
  • Setiap pembelian mendapat pakej waranti pengilang tiga tahun atau 30,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Vietnam Perbaharui Penampilan Honda Winner X Sports (2023), Harga Kekal RM9.6k
BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Muncul di Vietnam
BACA >>> BSH Lancar Skuter Honda Vario 160 (2022) di Malaysia, Harga Mula RM9.9k!
BACA >>> Throttle Body [SIRI 2]: Mekanikal (MTB) vs Elektronik (ETB)

Honda Wave RSX FI 110 - 4
Honda Wave RSX FI 110 Special -
Honda Wave RSX FI 110 - 0
Honda Wave RSX FI 110 - 1
Honda Wave RSX FI 110 - 2
Honda Wave RSX FI 110 - 3
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 0
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 1
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 2
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 3
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 4
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 5
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 6
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 7
Honda Wave RSX FI 110 (2023) - 8

SUMBER: Honda Vietnam

Related

365
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Vietnam, Honda Vietnam Company, Honda Wave RSX FI 110, Kapcai 110cc, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev