NASIM Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia terus melebarkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan pusat jualan (1S) baharu di Ipoh Garden, Perak. Peugeot Ipoh Garden adalah pusat jualan kelima dilancarkan Nasim bagi tahun ini dan juga cawangan ketiga di Perak.
Dibangun pada tapak berkeluasan 2,000 kaki persegi, pusat jualan yang menelan pelaburan sebanyak RM500,000 itu bakal memberikan perkhidmatan buat pelanggan di Batu gajah, Chemor, Gopeng, Ipoh, Jeram, Kampar, Kampung Kepayang, Lahat, Malim Mawar, Mambang di Awan, Menglembu, Pusing, tanjung Rambutan, Tronoh dan Ulu Kinta.
Menerusi pembukaan cawangan baharu itu, Peugeot kini melengkapkan lagi penjualan jenamanyadi semua pasaran utama iaitu di kawasan Utara, Lembah Klang, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.
Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George yakin pembukaan pusat jualan baharu di Perak mampu meluaskan pasaran jenama Peugeot memandangkan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun di Perak.
Kesemua model Peugeot didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan. Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan Bantuan Peugeot selain akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.
Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, layari https://www.peugeot.com.my.
Leave a Reply