SEKALI imbas, Perodua Myvi ini nampak biasa-biasa saja. Tapi, jangan sesekali anda memandang rendah jentera ini kerana ia memiliki prestasi yang power.
Itulah yang cuba ditampilkan oleh empunya jentera Perodua Myvi yang menghiasi ruangan Bikin Kereta kali ini.
Kebiasaannya penggemar modifikasi akan memilih konsep Toyota Passo atau Daihatsu Boon untuk dipadankan dengan jentera mereka. Namun tidak bagi tuan kereta ini.
ENJIN LEBIH BERKUASA
Enjin asal K3-VE Twincam DVVT yang dinaik taraf dengan tambahan kuasa turbo sudah cukup memberi kepuasan tanpa perlu pening kepala mahu turun naik ke Puspakom untuk menukar enjin baru seperti K3-VET dan sebagainya.
Nadinya dimuatkan dengan set piston milik K3-VET bagi menampung beban kuasa yang lebih maksimum. Turbin D04HL pula jadi pilihan untuk digunakan bersama manifold kustom daripada Tonnka berserta wastegate Turbosmart berukuran 38mm.
Udara luar yang dibawa masuk melalui penapis udara K&N disejukkan oleh unit intercooler FRP, manakala udara berlebihan pada intake ditolak keluar melalui ‘blow-off’ Turbosmart Vee Port yang ditenggek pada paip sambungan stainless steel.
Bahan api daripada tangki kemudian dihantar ke enjin menggunakan pam Walbro 255lph. Tugasan penyejukan pula diserahkan kepada radiator aluminium Synergy yang diikat bersama shroud radiator Forged.
Bukan itu saja, talaan enjin menjadi lebih hebat apabila digandingkan bersama unit kawalan elektronik (ECU), M7 Emcon piggyback. Kuasa terhasil kemudian dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear manual asal yang dilengkapkan dengan LSD 1.5 way Dsport dan klac ProClutch daripada Works Engineering.
Bagi memastikan kestabilan jentera, Perodua Myvi ini dipasangkan set suspensi boleh laras GAB SS bersama pillowball dari Ftuned. Selain itu, ia juga dilengkapi brace kit hadapan dan room bar Dsport. Sementara itu, anti-roll bar, lower bar, tower bar dan upper bar masing-masing menggunakan jenama Ultra Racing. Strut bar pula berjenama Cusco.
DALAMAN
Memasuki ruang kabin, jentera ini dipadankan kerusi semi bucket. Bahagian pengendalian pula menggunakan stereng OMP dan tombol gear Teflon Works Engineering. Sesi pemanduan jadi lebih ceria dengan pemain audio Alpine dan set pembesar suara yang dinaik taraf.
Antara penambahbaikan dalaman turut dilakukan ialah pengawal boost elektronik M7 EBC-R, sensor MAP 3-bar Greddy, meter Works Engineering Pro-Gauge, Greddy Full Auto Timer II dan tolok Innovate MTX-L Wideband AFR.
Bagaimana? Power tak?
FOTO: Shah Bahulu@Adam Photography
SPESIFIKASI
Perodua Myvi 1.3
ENJIN K3-VE Twincam DVVT
MODIFIKASI ENJIN YRV K3-VET piston, 330cc fuel injector, Turbin TD04HL-19T billet compressor wheel, Turbo manifold TONNKA, Turbosmart Ultragate 38mm external wastegate, Turbosmart Vee Port BOV, Works Engineering Fuel Pressure Regulator, K&N open pod air filter, Walbro 255lph fuel pump with return fuel line, FRP intercooler, Synergy aluminum radiator, Forged aluminum radiator shroud, SPAL Italy ducted radiator fan, DSPORT engine thermostat, 2.5" stainless steel + Muffler RSR Magic
ELEKTRONIK M7 EMCON piggyback ecu, M7 EBC-R electronic boost controller, Greddy 3 bar MAP sensor, Works Engineering Pro-Gauge meters, Greddy Full Auto Timer II, Innovate MTX-L Wideband AFR gauge
TRANSMISI Stock manual 5-kelajuan, DSPORT 1.5way LSD, Works Engineering ProClutch
RODA P1 Racing 15"x7jj ET35 Kumho KU36 205/50/15
SUSPENSI GAB SS Fully adjustable, FTuned Adjustable Pillowball absorber mount, DSPORT Front brace kit, DSPORT Room bar, CUSCO front strut bar, UR Rear anti roll bar, UR Rear lower bar, UR Rear tower bar, UR Rear upper bar
LUARAN Stock SE2 2009 Passo Racy autoflip side mirror
DALAMAN Recaro Millenium semi bucket seat (driver), Full interior leather by DK-Schweizer, OMP steering, Works Engineering aluminum pedals, Works Engineering teflon gear knob, Alpine CDA-9855 headunit, Focal FPP-4100 4 channel amplifier, Focal iBus 2.1 underseat subwoofer, MB Quart Premium, PVF216 front speaker, Focal Auditor R165C rear speaker, Clifford Matrix 2 way alarm, Clifford BlackJax5 anti hijack system
BENGKEL Engine by Dpro Autoshoppe, Maintenance by CY Auto, Exhaust and pipings by Under6ix Exhaust, Turbo by Speed Spin Turbo Services, Tuned by Prodrag Motorsport
WJS says
Confirm mamak ni bawak kereta mcm setan atas lebuhraya.. mmg dah muak dgn Myvi modified yg suka cilok sini sana, membahayakan nyawa pengguna jalan raya yg lain..
Berbisa says
Wow dasyat btl
Fattah says
Buat performance test dulu baru tau power tak power. Susah kete modified ni. Accident pakai buang duit, takde insuran nak cover.
Amran says
Gearbox manual? Haha!
Luke says
Jom..test dgn ZX10R or H2R..
megat says
takde faedah
FA says
Mende yang haha nya. Lagi pelik modify macam macam tapi auto lol