• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Sahkan 790 Adventure Kembali Tahun Depan, Pengeluaran di China

KTM Sahkan 790 Adventure Kembali Tahun Depan, Pengeluaran di China

December 2, 2022 By Shawkath Leave a Comment

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KTM nampaknya masih belum sedia menamatkan siri 790 kerana pengeluar Austria itu mengambil keputusan memperbaharui motosikal 790 Adventure edisi 2023. Pembaharuan dibuat membabitkan rekaan baharu yang lebih segar dan dua pilihan warna.

Model KTM 790 Adventure direka di Mattighofen, Austria tetapi akan dihasilkan pihak CFMoto di China! Bagaimanapun, jangan bimbang kerana kenyataan dari KTM mengesahkan staf mereka ‘akan menyelia’ pengeluaran di China.

BACA >>> KTM Kembalikan Tawaran Model 790 Duke, Harga Mula RM41k
BACA >>> KTM 890 Adventure, 890 Duke R, RC 200 Tiba di Malaysia, Harga Mula RM15.8k!

2023 KTM 790 ADVENTURE-12
2023 KTM 790 ADVENTURE-5

Aspek mekanikal kekal dengan trenkuasa dwi-silinder 799cc dengan sistem sejukan cecair, menawarkan kuasa 93.8hp @ 8,000rpm dan tork 87Nm @ 6,500rpm. Transmisi digunakan jenis klac manual 6-kelajuan.

Kotak gear dilengkapi mekanisme Sistem Klac Anti-Gelincir dengan plat geseran baharu manakala sistem QuickShifter dwi-arah pula ditawarkan sebagai opsyen tambahan.

Satu lagi pengumuman KTM ialah jadual servis berkala kini ialah setiap 15,000km. Model edisi 2023 turut menerima kotak angin baharu.

Teknologi lain seperti kawalan cengkaman belokan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Gelinciran Motosikal dan mode tunggangan dikekalkan.

2023 KTM 790 ADVENTURE-4
2023 KTM 790 ADVENTURE

Sebagai aspek promosi, KTM turut memasang fungsi ‘DEMO’ untuk model KTM 790 Adventure 2023. Maksudnya, pengguna boleh cuba opsyen ekstra tunggangan penuh secara percuma untuk 1,500km pertama.

Selepas itu, pengguna perlu membuat bayaran jika mahu terus menggunakan pilihan opsyen yang disediakan.

Motosikal edisi 2023 menggunakan suspensi fork 43mm WP Apex dengan penyerap hentak tunggal belakang jenis boleh laras prabeban. Sistem suspensi menawarkan jarak travel 200mm untuk depan dan belakang.

Sistem henti merangkumi cakera berkembar untuk roda depan dan cakera tunggal di belakang.

Ciri lain ialah sistem pencahayaan LED penuh. Instrumen meter digital TFT 5 inci dengan konektiviti aplikasi KTMConnect, membolehkan akses untuk panggilan, muzik dan navigasi mengikut arah-demi-arah. Jualan dijangka bermula April 2023 di beberapa pasaran terpilih.

BACA >>> KTM 890 Duke GP (2022) Lancar, Harga RM54k!
BACA >>> CFMoto Perkenal Konsep Streetfighter V.02-NK dengan Kerjasama KTM
BACA >>> Bocor Foto Benelli TRK 702 dengan Enjin Ilham KTM

2023 KTM 790 ADVENTURE
2023 KTM 790 ADVENTURE-1
2023 KTM 790 ADVENTURE-4
2023 KTM 790 ADVENTURE-2
2023 KTM 790 ADVENTURE -1
2023 KTM 790 ADVENTURE-3
2023 KTM 790 ADVENTURE
2023 KTM 790 ADVENTURE-5
2023 KTM 790 ADVENTURE-6
2023 KTM 790 ADVENTURE-7
2023 KTM 790 ADVENTURE-8
2023 KTM 790 ADVENTURE-10
2023 KTM 790 ADVENTURE-11
2023 KTM 790 ADVENTURE-9
2023 KTM 790 ADVENTURE-12
2023 KTM 790 ADVENTURE-13

SUMBER: BikeWale

Related

99
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, cfmoto, KTM, KTM 790 Adventure, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev