NOVEMBER 2022 ialah bulan paling cemerlang buat Perodua. Ini kerana ada perkembangan menarik berlaku sepanjang bulan lalu melibatkan aspek prestasi pengeluaran, jualan bulanan dan tahunan.
Bulan lalu juga menggambarkan Perodua itu sudah mula bergerak pantas untuk memenuhi permintaan pelanggan selepas mendedahkan strategi 'melangsai hutang' mereka.
BACA >>> Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
Berikut pencapaian Perodua sepanjang November 2022:
MODEL PALING LARIS
Perodua cuma mendedahkan tiga model paling laris sepanjang bulan lalu iaitu:
- Bezza: 8,089 unit
- Myvi: 6,624 unit
- Axia: 5,812 unit
STATUS PENGELUARAN & JUALAN 2022
Pengeluaran
- Januari-November 2022: 258,960 unit
- Pengeluaran tertinggi - November: 29,149 unit
Jualan
- Januari-November 2022: 250,795 unit
- Jualan hingga November 2022 naik 50 peratus berbanding 167,250 unit yang dijual tempoh sama 2021
- Perodua sudah melepasi sasaran jualan tahunan 247,800 unit.
- Jualan tertinggi November dengan 28,592 unit (naik 40.9 peratus) berbanding 20,299 unit (November 2021)
- Jualan November juga naik 10.6 peratus berbanding pencapaian Oktober 2022 sebanyak 25,849 unit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata;
Pencapaian jualan ini seiring pencapaian pengeluaran kami setakat tahun ini, berjumlah 258,960 unit. Kami juga berjaya mencapai pengeluaran bulanan tertinggi sejak penubuhan kami, iaitu 29,149 unit.
“Pencapaian ini memberi makna pada semua peringkat; Pertama, menunjukkan keupayaan kami dalam memaksimumkan sumber semasa, baik di Perodua atau pembekal dalam ekosistem kami.
“Kedua, melalui pencapaian ini, kami kini menyedari boleh meningkatkan lagi operasi – dalam jualan dan pengeluaran tanpa perlu melabur untuk kilang baharu atau mendapatkan kawasan tanah luas bagi operasi pembuatan kami.
“Kami akan terus melabur dalam menaik taraf operasi sebagai satu kumpulan dengan memberi penekanan kepada pembangunan ilmu pengetahuan dan kemahiran warga kami. Kami juga akan bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar kami untuk memastikan operasi mereka mampu memenuhi permintaan dan cabaran mendatang.
“Kami akan meneruskan momentum jualan dan pembuatan kami untuk memastikan semua pelanggan kami yang dihargai menerima kenderaan Perodua mereka dengan lebih cepat serta memastikan mereka yang menempah dalam tempoh masa pengecualian cukai jualan akan dapat kereta mereka sebelum 31 Mac 2023.
BACA >>> Aksi Penutup Rim Perodua Kancil 'Lintas Jalan', Netizen Akui Pernah Alami Nasib Sama
BACA >>> Perodua Alza AV (2022) Kini Ada Akses Apple CarPlay!
BACA >>> #Perbandingan: Toyota Raize (Filipina) vs Perodua Ativa, Mana Lagi Tip Top?
BACA >>> Perodua Bakal Lancar Platform Tempahan Kenderaan Secara Digital
BACA >>> Perodua Sahkan Tiada Rancangan Naikkan Harga Kenderaan Tahun Ini
BACA >>> CEO: Kereta Elektrik Perodua Tidak Mustahil Lima Tahun Lagi
Zul says
👍..... order bulan Jun sampai sekarang belom dapat lagi....kenapa ek