KEJUARAAN rali rentas negara, Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang bermula di Buriram, Thailand pada 21 November lalu dan tamat di Angkor Wat, Kemboja pada 26 November lalu.
Jika masih ingat, Mitsubishi Motor Corporation (MMC) pernah mengumumkan tiga nama pelumba untuk acara itu, iaitu Rifat Sungkar dari Indonesia, dan dua pelumba Thailand, Chayapon Yotha dan Sakchai Hantrakul.
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR
BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Umum Tiga Pelumba AXCR 2022, Trak Pikap Triton Sedia Berentap!
Rifat digandingkan dengan jurupandu Thailand, Chupong Chaiwan. Chayapon pula dibantu Peerapong Sombutwong (Thailand), manakala Sakchai digandingkan dengan Kittisak Klinchan (Thailand).
AXCR 2022 melibatkan saingan perlumbaan enduran dengan jarak perjalanan 1,524km, termasuk ujian masa untuk 6 Special Stage (SS) sepanjang 637km.
Chayapon dan jurupandu, Peerapong dalam trak Mitsubishi Triton menamatkan perlumbaan di tempat pertama (kategori empat roda) dengan catatan masa keseluruhan 8 jam 22 minit 42 saat.
Rifat pula mengakhiri saingan di tempat kelima dengan perbezaan masa 17 minit 14 saat di belakang Chayapon.
KEPUTUSAN KESELURUHAN KATEGORI AUTO AXCR 2022
- Pertama: Chayapon Yotha (Mitsubishi Triton) - 8:22:42
- Kedua: Jaras Jaengkamolkulchai (Toyota Hilux Revo) - 8:28:29
- Ketiga: Ikuo Hanawa (Toyota Fortuner) - 8:28:34
- Keempat: Takuma Aoki (Toyota Fortuner) - 8:38:26
- Kelima: Rifat Sungkar (Mitsubishi Triton) - 8:39:56
- Keenam: Tawee Neanna (Isuzu D-Max) - 8:51:24
APA BERLAKU
Chayapon yang memandu Mitsubishi Triton #105 menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk SS1 pada hari pertama. Dia kemudian mencatat masa terpantas SS2 pada hari kedua saingan yang membolehkan pelumba Thailand itu mendahului kedudukan teratas.
Dia menamatkan SS3 di tempat ketujuh, SS4 (keenam), SS5 (kelima) dan SS6 (kelima). Sebenarnya, pencapaian SS2 banyak membantu Chayapon bergelar juara.
Rifat dengan Mitsubishi Triton #118 menamatkan saingan SS1 di posisi keenam. Bagaimanapun trak pikap dipandunya berdepan masalah tayar bocor dan casis rosak pada saingan SS2 hingga memaksa dia menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Pencapaian Rifat seterusnya adalah keempat untuk SS3, SS4 (kelima), SS5 (keempat) dan SS6 (ketujuh). Sakchai dengan Mitsubishi Triton #119 pula disahkan positif Covid-19 selepas SS1 dan terpaksa pulang awal.
BACA >>> Mitsubishi XFC Concept, SUV Subkompak Bakal Saingi Proton X50, Perodua Ativa
BACA >>> Jepun Dapat Mitsubishi Outlander Black Edition (2023), Harga Mula RM161k
BACA >>> Mitsubishi Xpander Cross (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM93k!
Leave a Reply