JENAMA motosikal dari Itali, KL melancarkan naked bike 125cc baharu dalam usaha meluaskan barisan model jenama itu.
KL sebelum ini memperkenalkan beberapa model seperti skuter maksi, Brera dan Brera X, dan dirt bike 125cc. Model terbaharu ini pula dinamakan KL Duel.
BACA >>> Moto Morini Debut X-Cape ADV-R (2022) Lengkap dengan Kit Off-Road di Itali
Dibandingkan pesaing kurang ternama lain yang cenderung menghasilkan motosikal kelas kecil jenis elektrik, KL Duel tampil sebagai motosikal konvensional berenjin petrol 4-lejang silinder tunggal. Berikut spesifikasi naked bike itu:
- Enjin silinder tunggal 4-injap 125cc DOHC penyejukan cecair denghan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 12.7hp @ 9,500rpm dan tork 10.5Nm @ 7,500rpm.
- Kapasiti tangki petrol 12 liter.
- Sistem suspensi fork teleskopik 37mm di depan dan monoshock di belakang.
- Sistem brek cakera 270mm dengan kaliper 3-piston (depan), dan brek cakera 220mm dengan kaliper piston tunggal di belakang berserta sistem brek kombi (CBS).
- Saiz rim 17 inci dengan tayar 110/70 di depan, dan 140/70 di belakang.
- Tinggi pelana 770mm dengan rekaan terpisah, manakala berat 142kg.
- Ada dua pilihan warna ditawarkan, hitam, kelabu dan hijau, berserta grey, black dan red.
- Harga jualan dbelum didedahkan, tetapi dianggarakan €3,440 (RM15,830).
BACA >>> FB Mondial Piega 125 (2023), Naked Bike Itali Sentuhan Pereka Suzuki Katana, Harga RM21k
BACA >>> Skuter Italjet Dragster Dilabel 'New Urban Superbike' Ini Penjelasan Wakil Itali
SUMBER: VisorDown
Leave a Reply