• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Dokumentari Lima Episod Detik Sukar Marquez dalam MotoGP Tayang Februari 2023

Dokumentari Lima Episod Detik Sukar Marquez dalam MotoGP Tayang Februari 2023

November 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU dokumentari menegai detik hitam pelumba MotoGP Marc Marquez akan ditayangkan di kaca televisyen Februari 2023.

Seperti diketahui, pelumba Repsol Honda itu sering mempamerkan prestasi luar biasa sejak debut dalam kelas premier pada 2013 hingga setakat musim 2019, beliau berjaya muncul juara dunia MotoGP enam kali!

BACA >>> Marquez Sertai Tim Ducati Jika Honda Gagal Bikin Jentera Kemenangan Musim 2023?
BACA >>> Marquez Bantu Repsol Honda Uji Bahan Api Boleh Diperbaharui Selepas Aksi GP Valencia

Bagaimanapun, nasib pelumba berusia 29 tahun itu mula berubah pada musim 2022 selepas terlibat kemalangan di Litar Jerez, Sepanyol.

Marquez mengalami patah lengan kanan hingga memaksa beliau menamatkan saingan musim 2022 lebih awal. Selepas itu, pelumba yang digelar Baby Alien itu berdepan pula masalah penglihatan berganda hingga terlepas beberapa aksi GP.

Pelumba Sepanyol dilaporkan sudah menjalani empat pembedahan untuk memulihkan lengannya dan masalah kecederaan yang menghantuinya kini mula menunjukkan tanda pemulihan.

BACA >>> Pembedahan Lengan Kanan Berjaya, Marquez Mula Jalani Rawatan Fisioterapi
BACA >>> Kena Bedah Lagi, Bradl Ganti Marquez di GP Sepanyol!

Marquez kembali pada penghujung musim 2022 dan sempat memberi saingan kepada pelumba lain di barisan depan. Sepanjang musim 2022, Marquez terlepas enam pusingan GP, tetapi kekal menjadi satu-satunya pelumba Honda dengan jumlah mata tertinggi dengan menamatkan musim di ranking ke-13.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93)

Salah satu sorotan dikongsi Marquez di media sosialnya ialah dilema sebelum membuat keputusan meneruskan perlumbaan atau berhenti seketika untuk menjalani pembedahan.

Secara jelas, aku ada memikirkan untuk bersara. Adakah ini semua berbaloi atau tak?”

Siri dokumentari berjudul Marc Marquez: All In itu merangkumi lima episod, dan siaran akan dibuat menerusi portal penstriman Amazon pada Februari 2023.

SUMBER: Kompas

Related

65
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda Racing Corporation (HRC), Marc Marquez, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my