• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #CAS17: 5 Debut Terbaik Pameran Auto Chicago 2017, Segmen Trak dan SUV Jadi Perhatian

#CAS17: 5 Debut Terbaik Pameran Auto Chicago 2017, Segmen Trak dan SUV Jadi Perhatian

February 13, 2017 By Han Othman Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAMERAN Auto Chicago 2017 (CAS17) kini sedang rancak berlangsung sepanjang 11 hingga 20 Februari ini bertempat di McCormick Place dekat bandar raya Chicago dalam negeri Illinois, Amerika Syarikat yang juga terkenal dengan julukan Windy City (Bandar Berangin?).

Apakah model baharu yang menarik perhatian sempena CAS17 setakat ini? Berikut kami senaraikan 5 debut model terbaik yang dipetik daripada laman web Autoguide. Apa yang boleh kami simpulkan, Amerika tetap Amerika. Kenderaan besar dan maskular memang tidak pernah lari daripada cita rasa mereka. Lihatlah, empat daripada lima senarai di bawah ialah model jenis trak dan kenderaan utiliti sukan (SUV). Cuma satu model hatchback diselitkan masuk.

Apapun, memang menggiurkan!

5. TOYOTA TUNDRA TRD SPORT (2018)


Inilah trak pikap saiz-penuh pertama Toyota yang bertahan sejak 17 tahun lalu - 2000 - dengan menampilkan rekabentuk serba maskular bersesuaian dengan cita rasa peminat kereta di Amerika. Dan trak pikap ini sememangnya direka, dipasang dan dipasarkan khas di negara Uncle Sam itu.

Bagi musim 2018, Tundra versi TRD Sport menampilkan beberapa kerja naik taraf berbanding model biasa seperti rim 20-inci dan aksen luaran krom-asap (smoked-chrome). Malah turut dilengkapkan dengan absorber Bilstein dan bar oleng yang siap ditala khas.

4. NISSAN TITAN KING CAB (2017)


Nissan memang pandai melakukan gimik dengan mendedahkan cerita mengenai Titan sedikit demi sedikit bagi sekurang-kurangnya dua tahun. Pertama sekali, mereka cuma melancarkan model XD tugasan berat yang diperkenalkan dalam versi Cummins diesel V8. Kemudian, barulah model XD petrol muncul dan disusuli varian setengah-tan dan macaam-macam lagi.

Di Chicago, Nissan mendedahkan gaya badan King Cab yang memuatkan kerusi belakang dan pintu kecil. Model ini terdapat sama ada dalam konfigurasi XD atau setengah-tan, iaitu 5.6L petrol V8 dengan kuasa 390hp atau 5.0L diesel dengan tork 752Nm.

3. HYUNDAI ELANTRA GT (2018)


Hatchback Hyundai Elantra GT mungkin kereta kecil paling signifikan sepanjang CAS17. Berasaskan model i30 Eropah, Hyundai menawarkan dua varian, iaitu standard dan sport. Versi standard menampilkan enjin empat silinder 2.0L aspirasi-natural (NA) dengan kuasa kuda 162hp. Versi sport pula memperkenalkan enjin 1.6L turbo dengan 272Nm. Ciri paling menarik pada jentera ini ialah ruang kabin luas yang menawarkan keluasan penumpang 2,746 liter dan luas kargo 1,557 liter.

2. FORD EXPEDITION (2018)


Ford Expedition serba baharu menampilkan diri dengan rupa dan ciri diperbaharui sepenuhnya untuk musim 2018. Dibina atas frem tegangan-tinggi dan kulit aluminium, henjutan tork mampu mencapai 406Nm. Tempat duduk baris ketiga turut diluaskan untuk lebih keselesaan, manakala prestasi enjin dipertingkat.

Bagaimanapun, cuma satu varian enjin ditawarkan, 3.5L EcoBoost V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan. Kombo ini sepatutnya menghasilkan kuasa sekitar 375hp dan tork 637Nm. Expedition baharu bersedia berada di pasaran pada musim luruh ini - September 2017.

1. DODGE DURANGO SRT (2018)


Akhir sekali, inilah model paling mengujakan sepanjang CAS17, iaitu Dodge Durango SRT. Kenderaan SUV saiz-penuh itu memuatkan enjin 6.4L Hemi V8 yang mampu menghamburkan kuasa 475hp dan tork 637Nm.

Transmisi automatik 8-kelajuan mampu membuatkan pemanduan jadi begitu mengujakan dengan meluncurkan SUV ini pada kelajuan 97kmj (60 batu per jam - mph) sepantas 4.4 saat dan melengkapkan jarak suku batu (400km) dalam masa kurang 13 saat.

Skup bonet berfungsi menyejukkan SUV buas ini yang dikatakan mampu menunda jentera seberat 3,900kg atau 3.9 tan! Dodge Duranggo SRT (2018) dijangka dijual di pasaran pada lewat tahun ini.

SUMBER: Autoguide

Related

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev