• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shell Malaysia Lancar Pelincir Neutral Karbon Pertama Dunia! Shell HELIX POWER, PROTECT!

Shell Malaysia Lancar Pelincir Neutral Karbon Pertama Dunia! Shell HELIX POWER, PROTECT!

November 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia melancarkan siri produk minyak enjin neutral karbon (carbon neutral) pertama dunia untuk pasaran Malaysia iaitu Shell Helix Power dan Shell Helix Protect yang masing-masing berkapasiti 4 liter dengan harga runcit RM280.

Secara am, ada tiga pilihan minyak enjin bebas karbon, iaitu  Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40 dan Shell Helix Protect 0W-30. Shell Malaysia turut menyediakan hadiah pembesar suara Bluetooth percuma dengan setiap pembelian sementara stok masih ada.

Pengguna Malaysia dinasihatkan mencari pek dengan logo dan label 'Untuk Pasaran Malaysia' yang terpamer depan botol untuk memastikan itu produk tulen.

Minyak enjin neutral karbon Shell adalah usaha syarikat itu mengetengahkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna tanpa berkompromi dengan prestasi dan tahap perlindungan enjin. Pelincir dihasilkan menggunakan sumber gas asli.

Label Untuk Pasaran Malaysia tertera di hadapan botol.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Ivan Tan berkata;

Shell Malaysia berbesar hati dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api dan kini pelincir karbon neutral.

“Kita akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W terbaharu ini."

Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew berkata;

Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium iaitu Helix Power and Protect.

Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus yang dihasilkan daripada 99.5 peratus minyak asas tulen daripada gas asli serta dipercayai dan disyorkan Scuderia Ferrari.”

Sebagai makluman, Shell Helix turut mengumumkan tawaran gred minyak enjin kelikatan 5W-40 untuk varian Power di Malaysia. Produk itu direka khas untuk kenderaan prestasi tinggi yang sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden (petrol dan diesel).

Shell Helix Pelancaran - 1
Shell Helix Pelancaran - 0

Siri minyak enjin baharu neutral karbon Shell boleh didapati di bengkel-bengkel Shell dan bengkel bebas lain pada harga runcit:

  • Semenanjung Malaysia: RM280
  • Sabah dan Sarawak: RM280.80

BACA >>> Sudah Lama Ada, Tapi Ramai Tak Tahu Boleh Isi Minyak Guna RFID di Stesen Shell
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
BACA >>> Shell FuelSave 95 Terbukti Jimat Minyak, Kami Pun Sudah Uji
BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID
BACA >>> 10 Kelab Kereta Sudah Cuba Shell FuelSave 95, Memang Terbukti Ada Lebih Kilometer

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, autoterkini, Datuk Ivan Tan, Nyon Kam Yew, Pelancaran minyak enjin shell, Roda4, Shell Helix, Shell Helix Power, Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, Shell Helix Protect, Shell Helix Protect 0W-30, Shell Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev