SELEPAS tontonan sempena Minggu Rekabentuk Milan 2022, Lambretta X300 (2023) kini berada di pasaran Thailand dalam empat warna pilihan pada harga 154,900 baht (RM19,370), termasuk cukai.
Pilihan warna ditawarkan ialah Argento Silver (kelabu), Gemma White (putih), Lucente Black (hitam) dan Milano Green (hijau) yang setiap satu dipasang pelana standard hijau gelap.
BACA >>> Lambretta G350 Special (2022) Lancar di Eropah, Harga Mula RM33.9k!
Lambretta X300 (2023) menampilkan konsep baharu menggunakan abjad X sebagai siri baharu yang membezakan model itu dengan model lain, hasil rekaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lambretta sendiri, Walter Scheffrahn.
Lambretta X300 (2023) nyata berbeza berbanding siri Lambretta lain menerusi rekabentuk lebih tajam dan garis lurus pada sisi skuter.
BACA >>> Velca - Jenama Motosikal Elektrik Baharu Sepanyol, Perkenal 2 Model Gaya Klasik
BACA >>> Vespa Batik (2022) Lancar Khas untuk Pasaran Indonesia dengan Harga RM21.9k!
- Trenkuasa jenis 4-lejang 4-injap silinder tunggal 275cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 24.8hp @ 8,250rpm dan tork 24.5Nm @ 6,250rpm.
- Frem jenis keluli tubular dengan fork teleskopik di depan dan dwi-absober (belakang).
- Bahagian roda dipasangkan rim aloi 12 inci dengan tayar IRC saiz 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang).
- Sistem brek jenis cakera tunggal 220mm di depan, dan cakera 219mm di belakang berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Ciri lain ialah sistem lampu LED, penghidup tanpa kunci (keyless) dan panel meter kombinasi analog-digital.
SUMBER: NaikMotor
Azman says
Great
Nasran Abu Bakar says
Info lanjut lambretta utk pembelian